Category: Istilah

  • Fahami Indeks Perindustrian Dow Jones (Dow Jones Industrial Average / DJIA)

    Fahami Indeks Perindustrian Dow Jones (Dow Jones Industrial Average / DJIA)

    Indeks Perindustrian Dow Jones atau dalam bahasa Inggerisnya, “Dow Jones Industrial Average (DJIA)”, merupakan satu indeks yang menjejaki 30 buah syarikat besar dan berpemilikan umum yang berdagang di pasaran saham New York (New York Stock Exchange / NYSE) dan NASDAQ. Indeks ini dinamakan dengan Dow Jones bersempena dengan nama Charles Dow, individu yang mencipta indeks ini serta…

  • Mari Memahami Maksud Due Diligence

    Mari Memahami Maksud Due Diligence

    “Due Diligence” atau DD merupakan satu penyiasatan atau audit ke atas potensi sesebuah pelaburan. DD berfungsi untuk mengesahkan semua fakta material berkenaan dengan jualan. Dengan kata lain, penawaran untuk membeli sesuatu aset biasanya bergantung kepada hasil analisis “due diligence”. Ini termasuk pengkajian semula semua rekod kewangan dan apa-apa sahaja yang dianggap penting kepada sesuatu penjualan. Di…

  • Ketahui Info Gadai Janji Perumahan (Mortgage): MRTA vs MLTA Baik Buruk

    Ketahui Info Gadai Janji Perumahan (Mortgage): MRTA vs MLTA Baik Buruk

    Tahukah anda, dalam urusan jual beli rumah atau hartanah, terdapat klausa untuk perlindungan hutang peminjam sekiranya berlaku kecelakaan atau kematian, menerusi gadai janji perumahan atau juga dikenali sebagai mortgage. Jom baca dengan lebih lanjut dalam artikel ini. Maklumat dalam artikel ini datang daripada Encik Rejaie Arbee di Twitter dan diberi izin untuk diolah dalam artikel…

  • Apa Itu Dollar-Cost Averaging Dalam Saham?

    Apa Itu Dollar-Cost Averaging Dalam Saham?

    “Dollar-Cost Averaging” atau (DCA) merupakan satu teknik pelaburan dengan membeli sesuatu saham pada satu jumlah amaun pelaburan yang tetap dalam dalam tempoh berkala tanpa mengambil kira harga saham tersebut. Dengan menggunakan DCA, seseorang pelabur akan membeli saham secara berterusan, di mana sebahagian dibeli ketika harga saham menurun dan sebahagian dibeli ketika harga saham meningkat. Teknik ini digunakan untuk…

  • Baca Tentang Nisbah Hutang (Debt Ratio)

    Baca Tentang Nisbah Hutang (Debt Ratio)

    Nisbah hutang merupakan nisbah kewangan yang mengukur tahap kegoncangan sesebuah syarikat. Nisbah hutang juga ditakrifkan sebagai nisbah jumlah hutang kepada jumlah aset, dinyatakan dalam bentuk perpuluhan atau peratusan. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai bahagian aset syarikat yang dibiayai oleh hutang. Nisbah yang lebih besar daripada 1 menunjukkan bahawa sebahagian besar hutang dibiayai oleh aset. Dalam…

  • Fahami Maksud Hutang (Debt)

    Fahami Maksud Hutang (Debt)

    Hutang merupakan jumlah wang yang dipinjam oleh satu pihak daripada satu pihak yang lain. Hutang digunakan oleh kebanyakan syarikat dan individu sebagai satu langkah untuk membuat pembelian besar yang mana mereka tidak mampu untuk lakukan dalam keadaan tidak berhutang. Penyesuaian hutang memberikan kebenaran kepada pihak peminjam untuk meminjam wang dengan syarat ia akan dibayar kembali…

  • Maksud Inventori (Inventory) Yang Anda Perlu Tahu

    Maksud Inventori (Inventory) Yang Anda Perlu Tahu

    Inventori merupakan bahan mentah, barangan dalam proses, ataupun barangan sudah siap sepenuhnya yang kini ataupun akan datang akan tersedia untuk dijual. Inventori meupakan sebuah aset paling penting yang kebanyakan syarikat miliki. Perolehan inventori merupakan salah satu sumebr utama pembuatan pendapatan dan pendapatan sampingan untuk para pemegang saham syarikat. Namun, memiliki bilangan inventori yang tinggi untuk…

  • Apa itu Ekuiti (Equity), Istilah Penting Dalam Perakaunan

    Apa itu Ekuiti (Equity), Istilah Penting Dalam Perakaunan

    Ekuiti, satu istilah yang diterjemahkan secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, “equity”, merupakan satu saham atau sebarang sekuriti lain yang mewakili kepentingan pemilikan. Selain itu, di dalam penyata perakaunan sesebuah syarikat, ekuiti merupakan jumlah dana yang disumbangkan oleh pemilik (pemegang-pemegang saham) ditambah dengan keuntungan (ataupun kerugian) yang terkumpul. Ianya juga turut disebut sebagai ekuiti pemegang saham.…

  • Fahami Maksud Keseimbangan (Equilibrium) Dalam Ekonomi

    Fahami Maksud Keseimbangan (Equilibrium) Dalam Ekonomi

    Keseimbangan atau istilah bahasa Inggerisnya, “equilibrium” merupakan satu keadaan di mana penawaran dan permintaan pasaran seimbang antara satu sama lain, yang mana menyebabkan harga barangan menjadi stabil. Secara amnya, sesuatu barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan secara terlebih (over-supply) menyebabkan harga menurun, yang mana mengakibatkan permintaan yang lebih tinggi. Kesan penyeimbangan penawaran dan permintaan ini menghasilkan keseimbangan (equilibrium). Harga…

  • Apa Itu Hipotesis Pasaran Cekap (Efficient Market Hypothesis)?

    Apa Itu Hipotesis Pasaran Cekap (Efficient Market Hypothesis)?

    Hipotesis pasaran cekap atau “Efficient Market Hypothesis (EMH)” merupakan sebuah teori pelaburan yang menyatakan bahawa ianya mustahil untuk mengalahkan pasaran kerana kecekapan pasaran saham menyebabkan harga saham bergabung dan mencerminkan semua maklumat yang berkaitan dalam semua kes. Menurut EMH, saham sentiasa didagangkan pada nilai pasaran saksama mereka di pasaran saham, menjadikan ianya mustahil untuk para…

  • Info Perolehan Per Saham (Earnings Per Share / EPS)

    Info Perolehan Per Saham (Earnings Per Share / EPS)

    Perolehan atau pendapatan per saham atau istilah bahasa Inggerisnya, “Earnings Per Share (EPS)”, merujuk kepada satu bahagian daripada keuntungan sesebuah syarikat yang diperuntukkan kepada setiap saham biasa yang tertunggak. Dalam erti kata lain, EPS merupakan petunjuk tentang tahap keuntungan sesebuah syarikat. EPS dikira berdasarkan formula di bawah; EPS = [Pendapatan bersih (Net Income) − Dividen saham utama (Dividends on…

  • Istilah Dana Lindung Nilai (Hedge Fund) Di Sini

    Istilah Dana Lindung Nilai (Hedge Fund) Di Sini

    Dana lindung nilai merupakan sebuah portfolio pelaburan yang diuruskan secara agresif yang menggunakan strategi pelaburan yang lebih baik seperti keumpilan (leverage) dan sekuriti panjang, pendek dan derivatif di dalam pasaran domestik dan antarabangsa dengan tujuan untuk menjana pulangan yang tinggi sama ada di dalam nilai mutlak atau yang berkaitan dengan penanda aras pasaran yang ditetapkan. Dari…

  • Apakah Itu Lindung Nilai (Hedge)?

    Apakah Itu Lindung Nilai (Hedge)?

    Lindung Nilai atau dalam bahasa Inggerisnya, “hedge” adalah sebuah pelaburan untuk mengurangkan risiko pergerakan harga yang merugikan dalam satu aset. Kebiasaannya, lindung nilai dilakukan untuk meminimumkan atau mengimbangi kemungkinan aset anda akan kehilangan nilai. Secara amnya, lindung nilai adalah sama dengan anda mengambil polisi insurans. Sekiranya anda memiliki rumah yang terletak di kawasan yang sering berlaku…

  • Apa Itu Pertukaran Asing (Forex) Dalam Ekonomi?

    Apa Itu Pertukaran Asing (Forex) Dalam Ekonomi?

    Istilah “forex (FX)” merupakan singkatan kepada istilah “foreign exchange” yang membawa maksud tukaran atau pertukaran asing. FX merupakan pasaran di mana mata wang pelbagai negara didagangkan. Pasaran tukaran wang asing atau pasaran FX merupakan pasaran terbesar, pasaran paling cair (liquid market) di dunia, dengan berjuta-juta dolar bertukar tangan setiap hari. Namun demikian, pasaran ini tidak mempunyai lokasi pusat, kerana…

  • Ketahui Tentang Dana Dagangan Bursa (Exchange-Traded Fund)

    Ketahui Tentang Dana Dagangan Bursa (Exchange-Traded Fund)

    Dana dagangkan bursa atau dalam bahasa Inggerisnya, “Exchange-Traded Fund (ETF)”, merupakan satu jenis dana bersama tertutup yang berdagang seperti sebuah saham pada sesebuah bursa. ETF biasanya dibina untuk menjejaki indeks, komoditi atau set aset seperti dana indeks. Selain itu, ETF berubah-ubah di dalam harga ketika hari dagangan kerana ianya dibeli dan dijual pada sesebuah bursa…