Kami kongsikan contoh surat berhenti kerja yang mudah. Bagi anda yang ingin meletak jawatan atas sebab-sebab tertentu, surat berhenti kerja perlu diserahkan kepada Bahagian Sumber Manusia.

Anda tidak boleh berhenti macam itu sahaja. Surat perletakan jawatan adalah antara perkara yang penting bagi anda yang ingin menukar tempat kerja yang lain.

contoh surat berhenti kerja

Imej via Google

Anda perlulah maklum atau menghantar surat notis ini sebulan lebih awal kepada majikan anda untuk memudahkan urusan gaji. Secara tak langsung, ia menunjukkan sikap professional anda dalam sesebuah pekerjaan.

Berikut adalah contoh surat rasmi berhenti kerja dalam bahasa Melayu yang merangkumi notis perletakan jawatan sama ada dalam 24 jam atau sebulan.

Contoh Surat Berhenti Kerja

Contoh 1

Nama dan Alamat Anda (Dalam Huruf Besar)

_____________________________________________

Nama majikan,

Alamat Majikan (Kedua-dua dalam huruf besar)                                               Tarikh

 

Tuan/Puan

Notis Berhenti Kerja

Merujuk kepada perkara di atas, saya Nama Anda, ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya akan berhenti kerja mulai 08 Jun 2018.

2. Saya berbuat demikian adalah kerana ingin melanjutkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Utara Malaysia.

3. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………..

(                                )

Contoh 2

-nama-,

-alamat penuh-

_____________________________________________

-nama syarikat-,

-alamat syarikat-.                                                                                            Tarikh :

(u.p.:-nama individu / jawatan / bahagian-)

Tuan / Puan,

SURAT PERLETAKAN JAWATAN.

Dengan sukacita perkara di atas adalah dirujuk. Saya -nama- dengan nombor kad pengenalan -no ic- adalah bertugas sebagai -nama jawatan- dengan -nombor pas / pas sementara / pekerja.

2. Saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan / puan bahawa saya akan meletakkan jawatan di syarikat pihak tuan / puan dengan rasminya pada -tarikh berhenti-. Sehubungan dengan itu saya akan mematuhi polisi syarikat untuk memastikan perletakan jawatan saya ini berjalan mengikut tempoh masa yang telah ditentukan oleh pihak syarikat.

3.Untuk makluman tuan / puan, tujuan saya meletakkan jawatan ini adalah kerana -tujuan-. Dengan ini, saya ingin meminta maaf terlebih dahulu sekiranya perletakan jawatan saya ini memberi kesan ke atas syarikat pihak tuan / puan. Saya juga amat berterima kasih di atas jasa baik pihak syarikat yang telah memberi saya peluang untuk bekerja serta memberi segala bimbingan dan tunjuk ajar selama saya bekerja di syarikat ini.

Dengan ini, kerjasama pihak tuan / puan bagi permohonan perletakan jawatan ini saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

YANG BENAR,

-nama-.

Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam English

Berikut dikongsikan adalah contoh surat berhenti kerja dalam bahasa Inggeris yang lengkap sebagai panduan buat anda.

(Your Name)

(Address)

(Tel: number)

_____________________________________________

(Employer Name)

(Address)                                                                             (Date)

Dear Mr…,

Resignation Letter.

I am writing this correspondence in order to inform you of my decision to resign as ….(position)…. from the …..(company name)…… My final working day will be …. (date last working day)…..

I wish to thank you and the employees at here for the support and assistance I received while working here. I have been rewarded by my experience of working at this facility which has enabled me to foster new skills in the field of …..(department).Therefore, my decision to leave was not hastily made nor an easy one.

I only decided to leave this facility after a good deal of contemplation and consideration. Because I want to advance in my career, I have accepted a job as …..(position at new company)….. with my new employer.  Nevertheless, I will always be grateful for the experience and skills that I have acquired while working at here.

Again, thank you for your assistance and support during my tenure. I wish you the best for the future.

Respectfully yours,

………………………………..

(Your name)

Semoga contoh surat berhenti kerja ini dapat membantu anda membuat surat yang betul dan lebih profesional.

Sumber

 

 

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.