Istilah “forex (FX)” merupakan singkatan kepada istilah “foreign exchange” yang membawa maksud tukaran atau pertukaran asing. FX merupakan pasaran di mana mata wang pelbagai negara didagangkan. Pasaran tukaran wang asing atau pasaran FX merupakan pasaran terbesar, pasaran paling cair (liquid market) di dunia, dengan berjuta-juta dolar bertukar tangan setiap hari.

Namun demikian, pasaran ini tidak mempunyai lokasi pusat, kerana pasaran FX merupakan rangkaian elektronik untuk bank, broker, institusi dan peniaga persendirian (yang kebanyakannya berdagang melalui broker ataupun bank).

Kebanyakan entiti, daripada institusi kewangan sehinggalah kepada para pelabur persendirian, mempunyai keperluan terhadap mata wang, dan juga boleh membuat spekulasi mengenai arah pergerakan mata wang tertentu. Entiti-entiti ini akan menghantar pesanan mereka untuk membeli dan menjual mata wang di dalam rangkaian supaya mereka boleh berinteraksi dengan pesanan mata wang lain daripada pihak lain.

Di samping itu juga, pasaran FX dibuka 24 jam sehari, lima hari seminggu kecuali cuti umum. Mata wang mungkin masih boleh didagangkan pada hari cuti umum sekiranya sekurang-kurangnya pasaran negara atau global dibuka untuk perniagaan.

Jemput juga baca artikel hukum forex dan apa itu forex

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.