Inventori merupakan bahan mentah, barangan dalam proses, ataupun barangan sudah siap sepenuhnya yang kini ataupun akan datang akan tersedia untuk dijual.

Inventori meupakan sebuah aset paling penting yang kebanyakan syarikat miliki. Perolehan inventori merupakan salah satu sumebr utama pembuatan pendapatan dan pendapatan sampingan untuk para pemegang saham syarikat.

Namun, memiliki bilangan inventori yang tinggi untuk jangka masa yang panjang tidak selalunya bagus, kerana ia membawa kepada penyimpanan inventori, pengeluaran, dan kerosakan inventori. Bagaimanapun, memiliki bilangan inventori yang terlalu sedikit juga tidak bagus, kerana perniagaan tersebut berhadapan risiko tidak memenuhi pesanan pelanggan dan kehilangan penjualan yang berpotensi dan juga pasaran saham.

Oleh itu, teknik pengurusan inventori seperti sistem inventori tepat pada masa (just-in-time) boleh membantu meminimumkan kos inventori  kerana barangan yang dihasilkan atau diterima sebagai inventori hanya apabila diperlukan.

Jemput juga baca artikel tentang cara memulakan perniagaan online dan cara memulakan perniagaan kecil

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.