Perolehan atau pendapatan per saham atau istilah bahasa Inggerisnya, “Earnings Per Share (EPS)”, merujuk kepada satu bahagian daripada keuntungan sesebuah syarikat yang diperuntukkan kepada setiap saham biasa yang tertunggak. Dalam erti kata lain, EPS merupakan petunjuk tentang tahap keuntungan sesebuah syarikat. EPS dikira berdasarkan formula di bawah;

EPS = [Pendapatan bersih (Net Income) − Dividen saham utama (Dividends on Preferred Stock)] ÷ Purata Saham Tertunggak (Average Outstandind Shares)

Di dalam pengiraan EPS, ianya adalah lebih tepat untuk menggunakan jumlah purata saham tertunggak yang telah disetarakan sepanjang tempoh pelaporan, kerana jumlah saham tertunggak boleh berubah dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun, sumber-sumber maklumat biasanya telah memudahkan pengiraan dengan menggunakan jumlah saham tertunggak pada penghujung tempoh pelaporan. Sementara itu, EPS yang dicairkan (diluted EPS) berkembang ke atas EPS asas (basic EPS) dengan memasukkan saham-saham boleh tukar (convertible) atau tunggakan sokongan di dalam jumlah saham tertunggak.

Untuk lebih jelas lagi, kebiasaannya, EPS dianggap sebagai pemboleh ubah paling penting dalam menentukan harga sesebuah saham. Ia juga merupakan satu komponen penting di dalam penilaian nisbah harga kepada perolehan (price-to-earnings ratio “P/E ratio”).

Sebagai contoh, katakan sebuah syarikat itu mempunyai pendapatan bersih sebanyak RM30 milion. Sekiranya syarikat itu membayar RM5 milion kepada dividen-dividen utama dan mempunyai 15 milion saham pada separuh tahun pertama dan 20 milion saham pada separuh tahun kedua, maka jumlah EPS akan menjadi RM1.43 (25 ÷ 17.5). Terlebih dahulu, RM5 milion ditolak daripada pendapatan bersih iaitu RM30 milion, lalu menjadi RM25 milion. Kemudian jumlah purata saham tertunggak digunakan [(0.5 x 15M) + (0.5 x 20M)] = 17.5M.

Di samping itu, terdapat satu komponen penting di dalam EPS yang sering diabaikan di dalam pengiraannya adalah modal yang diperlukan untuk menghasilkan perolehan atau pendapatan (pendapatan bersih). Dua buah syarikat mungkin boleh menghasilkan EPS yang sama, namun syarikat yang boleh menghasilkannya dengan jumlah ekuiti (pelaburan) yang rendah, menunjukkan syarikat yang lebih efisyen dalam penggunaan modal untuk menghasilkan pendapatan dan juga perkara-perkara lain yang berkaitan, akan menjadi syarikat yang lebih baik.

Selain daripada itu, para pelabur juga perlu berwaspada tentang penyembunyian perolehan (earnings manipulation) yang boleh memutarbelitkan EPS. Oleh itu, para pelabur tidak boleh hanya bergantung kepada satu ukuran kewangan sahaja, sebaiknya gunakan analisis penyata dan pengukur-pengukur kewangan yang lain juga.

Jemput baca tentang buku saham

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.