Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Apakah Itu Lindung Nilai (Hedge)?

Lindung Nilai atau dalam bahasa Inggerisnya, "hedge" adalah sebuah pelaburan untuk mengurangkan risiko pergerakan harga yang merugikan dalam satu aset.…

negeri-sembilanKemas kini terakhir: 5 Oktober 2020oleh safwanrazali
Ilustrasi konsep lindung nilai (hedge) dalam pelaburan untuk mengurangkan risiko.

Ringkasan Kunci

  • Lindung nilai adalah pelaburan untuk mengurangkan risiko pergerakan harga yang merugikan.
  • Ia berfungsi seperti polisi insurans untuk melindungi nilai aset.
  • Terdapat pertukaran risiko-ganjaran; ia mengurangkan risiko tetapi juga mengurangkan potensi ganjaran.

Lindung Nilai atau dalam bahasa Inggerisnya, “hedge” adalah sebuah pelaburan untuk mengurangkan risiko pergerakan harga yang merugikan dalam satu aset. Kebiasaannya, lindung nilai dilakukan untuk meminimumkan atau mengimbangi kemungkinan aset anda akan kehilangan nilai. Secara amnya, lindung nilai adalah sama dengan anda mengambil polisi insurans. Sekiranya anda memiliki rumah yang terletak di kawasan yang sering berlaku banjir, anda akan mahu melindungi rumah tersebut daripada risiko banjir, di mana dalam kata lain anda melindungi nilai rumah itu dengan mengambil insurans banjir. Berdasarkan contoh di atas, anda tidak dapat menghalang banjir daripada berlaku, namun anda boleh membuat sesuatu lebih awal untuk mengurangkan bahaya sekiranya dan semasa banjir berlaku. Terdapat pertukaran risiko-ganjaran yang wujud di dalam lindung nilai, di mana sementara ia mengurangkan risiko yang berkemungkinan berlaku, ia juga mengurangkan ganjaran yang sepatutnya diperolehi. Secara ringkas, melindung nilai bukanlah percuma. Dalam contoh polisi insurans banjir di atas, perbelanjaan bulanan anda meningkat, dan sekiranya banjir tidak berlaku, anda tidak akan menerima pembayaran. Namun begitu, orang ramai akan memilih untuk mengambil polisi tersebut berbanding menanggung kerugian yang tidak dijangka. Dalam dunia pelaburan, lindung nilai berfungsi dengan cara yang sama. Para pelabur dan pengurus wang mengamalkan lindung nilai untuk mengurangkan dan mengawal pendedahan mereka kepada risiko. Dalam usaha untuk melindung nilai dalam dunia pelaburan, seseorang mesti menggunakan pelbagai instrumen dengan cara yang strategik untuk mengimbangi risiko pergerakan harga yang merugikan. Cara yang terbaik untuk melindung nilai adalah dengan membuat pelaburan lain dalam cara yang lebih terkawal. Baca juga risiko pelaburan mata wang kripto dan risiko pelaburan unit trust

Rujukan

Rujukan

Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.