Ekuiti, satu istilah yang diterjemahkan secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, “equity”, merupakan satu saham atau sebarang sekuriti lain yang mewakili kepentingan pemilikan. Selain itu, di dalam penyata perakaunan sesebuah syarikat, ekuiti merupakan jumlah dana yang disumbangkan oleh pemilik (pemegang-pemegang saham) ditambah dengan keuntungan (ataupun kerugian) yang terkumpul. Ianya juga turut disebut sebagai ekuiti pemegang saham.

Seterusnya, dalam konteks perdagangan margin pula, ekuiti merupakan nilai sekuriti di dalam sebuah akaun margin ditolak dengan apa yang dipinjam daripada broker. Manakala dalam konteks hartanah pula, ekuiti merujuk kepada perbezaan antara nilai pasaran semasa sesuatu harta dan jumlah hutang pemilik kepada gadai janji (mortgage). Justeru, ekuiti merujuk kepada jumlah yang akan diterima oleh pemilik selepas menjual harta tersebut dan setelah membayar gadai janji.

Akhir sekali, dari segi strategi pelaburan pula, ekuiti atau saham adalah merupakan salah satu daripada bahagian (kelas) aset utama. Dua lagi kelas aset utama adalah pendapatan tetap (bon) dan tunai atau apa-apa yang setara tunai. Ketiga-tiga kelas aset utama ini digunakan dalam perancangan peruntukan aset untuk membina risiko yang dikehendaki dan profil pulangan untuk portfolio pelabur.

Dalam erti kata lain, maksud ekuiti adalah sangat bergantung kepada konteks. Secara umumnya, seseorng boleh mentakrifkan ekuiti sebagai pemilikan di dalam mana-mana aset setelah semua hutang yang berkaitan dengan aset itu diselesaikan. Sebagai contoh, sebuah kereta atau rumah yang tidak mempunyai hutang tertunggak dianggap sebagai satu ekuiti pemilik kerana pemilik boleh menjual kereta atau rumah tersebut secara terus untuk mendapatkan tunai. Oleh itu, saham merupakan ekuiti kerana ia mewakili pemilikan di dalam sesebuah syarikat.

Jemput juga baca tentang maksud saham biasa dan pergerakan harga saham

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.