Anak muda dan kereta tidak dapat dipisahkan. Ada sebahagian daripada mereka apabila dapat slip gaji terus ke bilik pameran kereta. Ada juga yang bergaji bawah RM2000 tetapi bayar ansuran kereta separuh daripada gaji.

Amatlah rugi jika berhutang kereta sampai 9 tahun lalu menutup peluang untuk membeli rumah pertama. Diharap bakal graduan dan anak muda yang baru dapat kerja membaca tulisan ini untuk merancang masa depan supaya tidak tersilap langkah. Jika salah percaturan membeli kereta nantinya akan jadi jenayah terbesar dalam pengurusan kewangan.

Ini ialah pelan ataupun idea jika anda teringin sangat pakai kereta. Jom baca!

Tips Langsaikan Hutang Kereta 9 Tahun Kepada 5 Tahun

Imej via Facebook

Contoh : Anda berminat dengan kereta Myvi 1.3L-G Automatik. Harga dalam RM47K. Kalau tanpa 10% downpayment, ansuran bulanan kereta ialah RM544. Maka anda kena sabar dulu setahun. Tangguhkan sekejap niat itu.

1. Mohon ASB Financing RM100K.

  • Tempoh pembiayaan : 30 tahun
  • Kadar keuntungan : 5.05%
  • Ansuran Bulanan : RM540
    Tanpa takaful pembiayaan ASB

2. Bayar RM540 setiap bulan.

Selepas setahun, katakan dapat dividen 7 %.
7% x RM100K = RM7000

3. Gunakan dividen RM7000 untuk bayaran ansuran kereta anda nanti.

Selepas dapat dividen ASB, barulah anda beli kereta tersebut. Jika ansuran bulanan kereta ialah RM544, maka :
RM544 x 12 bulan = RM6528

4. Duit dividen yang anda dapat ialah RM7000.

RM7000-RM6528 = RM472.
Jika simpan dalam ASB bagus, tapi kalau mahu guna pun boleh.

5. Bayar ansuran pembiayaan ASB RM100K setiap bulan macam biasa RM540.

Guna duit gaji, dan gunakan dividen ASB setiap tahun untuk bayar ansuran kereta.

6. Selepas lima tahun, anggaran baki hutang kereta tinggal dalam RM13,816.

Terus anda terminate pembiayaan ASB RM100K. dan hasil terminate ialah

Tips Langsaikan Hutang Kereta 9 Tahun Kepada 5 Tahun

Imej via Facebook

Penafian :

  • Anggaran perkiraan kasar sahaja.
  • Andaian dividen 7% sepanjang tempoh pembiayaan.
  • Profit bank kekal 5.05.

Saya harap tips ini mampu mencetuskan idea kepada anda. Anda jimat empat tahun. Hutang kereta habis bayar. Boleh kumpul deposit untuk beli rumah pertama pula.

Boleh ubahsuai mengikut kemampuan kewangan. Apapun jenis kereta yang anda mahu beli, konsep dia sama saja.

Copy

Penulis: Amir Syahir

Rajin berkongsi ilmu hartanah, pengurusan kewangan, tips ASBF dan ilmu yang bermanfaat. Ikuti lagi tips-tips menarik tentang ASBF terutamanya di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.