“Due Diligence” atau DD merupakan satu penyiasatan atau audit ke atas potensi sesebuah pelaburan. DD berfungsi untuk mengesahkan semua fakta material berkenaan dengan jualan. Dengan kata lain, penawaran untuk membeli sesuatu aset biasanya bergantung kepada hasil analisis “due diligence”. Ini termasuk pengkajian semula semua rekod kewangan dan apa-apa sahaja yang dianggap penting kepada sesuatu penjualan.

Di samping itu, penjual juga boleh melakukan analisis DD ke atas pembeli. Perkara yang mungkin boleh dipertimbangkan untuk dianalisis adalah kemampuan pembeli untuk melakukan pembelian serta perkara-perkara yang boleh memberi kesan kepada entiti yang dijual atau kepada penjual selepas urus niaga tersebut telah selesai.

Selain daripada itu juga, secara amnya, DD merujuk kepada langkah yang perlu diambil oleh seseorang dalam mendapatkan semua fakta material sebelum membuat perjanjian atau urus niaga dengan satu pihak yang lain. Dalam erti kata lain, DD merupakan satu cara untuk mencegah sesuatu yang membahayakan kesemua pihak yang terlibat dalam satu-satu urus niaga.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.