Nisbah hutang merupakan nisbah kewangan yang mengukur tahap kegoncangan sesebuah syarikat. Nisbah hutang juga ditakrifkan sebagai nisbah jumlah hutang kepada jumlah aset, dinyatakan dalam bentuk perpuluhan atau peratusan. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai bahagian aset syarikat yang dibiayai oleh hutang.

Nisbah yang lebih besar daripada 1 menunjukkan bahawa sebahagian besar hutang dibiayai oleh aset. Dalam kata lain, syarikat mempunyai lebih banyak liabiliti daripada aset. Nisbah yang tinggi juga menunjukkan bahawa sesebuah syarikat mungkin meletakkan dirinya pada risiko mungkir (default), dalam membayar pinjaman sekiranya kadar faedah meningkat secara tiba-tiba. Manakala nisbah yang lebih rendah daripada 1 ditafsirkan kepada fakta bahawa sebahagian besar aset syarikat dibiayai oleh ekuiti. Di samping itu, nisbah hutang juga dirujuk sebagai nisbah hutang kepada aset.

Selain itu, semakin tinggi nisbah hutang, semakin tergugat sesebuah syarikat, yang mana menimbulkan risiko kewangan yang lebih besar. Dalam masa yang sama, pengaruh (leverage), merupakan satu perkara yang penting yang digunakan oleh sesebuah syarikat untuk berkembang, dan banyak syarikat mendapati kesinambungan dalam penggunaan hutang.

Di samping itu, nisbah hutang berbeza-beza mengikut industri, di mana perniagaan bermodal rapi seperti utiliti dan pemasangan paip mempunyai nisbah hutang yang lebih tinggi berbanding industri-industri lain seperti sektor teknologi. Sebagai contoh, sekiranya sesebuah syarikat mempunyai jumlah aset bernilai RM100 juta dan jumlah hutang sebanyak RM30 juta, nisbah hutangnya adalah 30% ataupun 0.30. Namun, untuk menentukan sama ada syarikat tersebut berada dalam keadaan kewangan yang lebih baik berbanding dengan sebuah syarikat yang mempunyai nisbah hutang sebanyak 40% adalah bergantung kepada industri perniagaan syarikat-syarikat tersebut.

Nisbah hutang 30% mungkin terlalu tinggi untuk industri perniagaan yang mempunyai aliran tunai yang tidak menentu, di mana kebanyakan perniagaan mengambil jumlah hutang yang sedikit. Sebuah syarikat yang mempunyai nisbah hutang yang tinggi berbanding syarikat-syarikat lain mungkin merasa susah untuk membuat pinjaman dan mendapati dirinya dalam krisis sekiranya keadaan berubah.

Sebagai contoh, industri “fracking” mengalami masa-masa yang sukar bermula pada musim panas tahun 2014 disebabkan oleh hutang yang tinggi dan penurunan harga sumber tenaga. Sebaliknya, tahap hutang sebanyak 40% mungkin mudah dikendalikan oleh syarikat-syarikat dalam sektor utiliti, di mana aliran tunainya stabil dan nisbah hutang yang lebih tinggi merupakan perkara yang biasa.

Di samping itu, nisbah hutang yang lebih daripada 1.0 (100%) memberitahu kepada anda bahawa syarikat tersebut mempunyai lebih banyak hutang berbanding aset. Sementara itu, nisbah hutang yang kurang daripada  100% pula menunjukkan bahawa syarikat tersebut mempunyai lebih banyak aset berbanding hutang. Nisbah hutang yang digunakan sama seperti kaedah-kaedah mengukur kedudukan kewangan yang lain, nisbah hutang boleh membantu para pelabur untuk menentukan tahap risiko sesebuah syarikat.

Sesetengah pendapat menentukan nisbah hutang dengan membahagikan jumlah liabiliti dengan jumlah aset. Ini menggambarkan ketidakjelasan tertentu antara istilah “hutang” dan “liabiliti” yang bergantung kepada situasi. Sebagai contoh, nisbah hutang kepada ekuiti berkait rapat dan lebih biasa berbanding nisbah hutang, namun nisbah hutang kepada ekuiti menggunakan jumlah liabiliti dalam pengiraan.

Dalam nisbah hutang pula, pembekal data kewangan mengira nisbah hanya dengan menggunakan hutang jangka panjang dan jangka pendek dan termasuk bahagian hutang jangka panjang semasa. Pengiraan tersebut tidak memasukkan liabiliti seperti akaun pemiutang, “negative goodwill” dan lain-lain.

Tambahan lagi, dalam perniagaan pinjaman pengguna dan gadai janji, dua nisbah hutang yang biasa digunakan untuk menilai keupayaan peminjam untuk membayar pinjaman atau gadai janji adalah nisbah perkhidmatan hutang kasar (gross debt service ratio) dan nisbah perkhidmatan keseluruhan hutang (total debt service ratio). Nisbah hutang kasar ditakrifkan sebagai nisbah kos perumahan bulanan yang termasuk bayaran gadai janji, insurans rumah dan kos hartanah kepada pendapatan bulanan.

Sementara nisbah perkhidmatan keseluruhan hutang pula adalah nisbah kos perumahan bulanan dan hutang lain seperti pembayaran kereta dan pinjaman kad kredit kepada pendapatan bulanan. Nisbah perkhidmatan keseluruhan hutang yang boleh diterima, dalam bentuk peratusan adalah di antara pertengahan 30% sehinggan 40%.

Jemput juga baca tentang tips bayar hutang PTPTN

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.