Hutang merupakan jumlah wang yang dipinjam oleh satu pihak daripada satu pihak yang lain. Hutang digunakan oleh kebanyakan syarikat dan individu sebagai satu langkah untuk membuat pembelian besar yang mana mereka tidak mampu untuk lakukan dalam keadaan tidak berhutang.

Penyesuaian hutang memberikan kebenaran kepada pihak peminjam untuk meminjam wang dengan syarat ia akan dibayar kembali pada tarikh yang ditetapkan, dan kebiasaannya datang dengan faedah.

Antara bentuk atau jenis hutang yang paling umum adalah pinjaman, yang mana termasuklah pinjaman gadai janji dan pinjaman kereta dan hutang kad kredit. Di bawah syarat-syarat pinjaman, peminjam dikehendaki membayar baki pinjaman pada tarikh-tarikh tertentu, kebiasaannya dalam masa beberapa tahun untuk masa akan datang.

Selain itu, syarat pinjaman juga menetapkan jumlah faedah yang perlu dibayar oleh peminjam secara tahunan, dan faedah tersebut dinyatakan dalam bentuk peratusan daripada jumlah pinjaman. Faedah ini juga digunakan sebagai langkah untuk memastikan pemberi pinjaman mendapat pampasan kerana mengambil risiko memberi pinjaman sambil menggalakkan peminjam untuk membayar balik pinjaman dengan cepat untuk mengehadkan perbelanjaan faedah hutang.

Selain itu juga, hutang kad kredit beroperasi dengan cara yang sama seperti pinjaman, cuma jumlah pinjaman yang dipinjam berubah-ubah dari masa ke semasa mengikut keperluan peminjam, sehinggalah pada satu had yang telah ditetapkan. Di samping itu, hutang kad kredit mempunyai tarikh pembayaran balik yang terbuka. Sementara itu, terdapat beberapa jenis pinjaman yang boleh digabungkan seperti pinjaman pendidikan.

Jom baca artikel lain seperti tips langsaikan hutang kereta, tips bayar hutang PTPTN dan cara tuntut hutang bawah RM5000

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.