Keseimbangan atau istilah bahasa Inggerisnya, “equilibrium” merupakan satu keadaan di mana penawaran dan permintaan pasaran seimbang antara satu sama lain, yang mana menyebabkan harga barangan menjadi stabil.

Secara amnya, sesuatu barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan secara terlebih (over-supply) menyebabkan harga menurun, yang mana mengakibatkan permintaan yang lebih tinggi. Kesan penyeimbangan penawaran dan permintaan ini menghasilkan keseimbangan (equilibrium).

Harga keseimbangan merujuk kepada keadaan di mana penawaran barangan sepadan dengan permintaan. Apabila indeks utama mengalami tempoh penggabungan atau momentum mendatar, ianya boleh dikatakan bahawa kekuatan penawaran dan permintaan adalah sama dan pasaran dalam keadaan keseimbangan.

Seperti yang dicadangkan oleh Huw Dixon, PhD. dan pakar ekonomi Keynesian Baru (New Keynesian), terdapat tiga sifat untuk keadaan keseimbangan iaitu tingkah laku ejen adalah konsisten, tiada ejen mempunyai insentif untuk mengubah tingkah lakunya dan keseimbangan adalah hasil daripada beberapa proses dinamik. Dr. Dixon menamakan prinsip-prinsip ini sebagai sifat keseimbangan 1, sifat keseimbangan 2 dan sifat keseimbangan 3 atau P1, P2, dan P3.

Jemput juga baca tentang ekonomi tingkah laku dan ekonomi K-Pop

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.