Hipotesis pasaran cekap atau “Efficient Market Hypothesis (EMH)” merupakan sebuah teori pelaburan yang menyatakan bahawa ianya mustahil untuk mengalahkan pasaran kerana kecekapan pasaran saham menyebabkan harga saham bergabung dan mencerminkan semua maklumat yang berkaitan dalam semua kes.

Menurut EMH, saham sentiasa didagangkan pada nilai pasaran saksama mereka di pasaran saham, menjadikan ianya mustahil untuk para pelabur membeli saham di bawah nilai (undervalued) atau menjual saham dengan harga yang dinaikkan.

Oleh itu, ianya mustahil untuk mengatasi pasaran keseluruhan melalui pemasaan pasaran (market timing), dan satu-satunya cara untuk para labur mendapatkan pulangan yang lebih tinggi adalah dengan membeli pelaburan yang lebih berisiko.

Walaupun dianggap sebagai asas kepada teori kewangan moden, EMH merupakan sesuatu yang sangat kontroversi dan sering sahaja dipertikaikan. Para penyokong EMH berhujah bahawa ianya tidak masuk akal untuk mencari saham di bawah nilai (undervalued) atau cuba untuk meramalkan arah aliran pasaran melalui analisis asas atau teknikal.

Pengkiritik seperti Warren Buffett pula secara konsisten telah mengatasi pasaran untuk tempoh yang lama, yang mana menurut EMH ianya sesuatu yang mustahil. Para pengkritik EMH merujuk kepada peristiwa-peristiwa utama seperti kejatuhan pasaran saham 1987 apabila Dow Jones Industrial Average (DJIA) jatuh sebanyak 20% dalam satu hari, dan perubahan liar pasaran pada akhir tahun 2008 sebagai bukti bahawa harga saham boleh menyimpang secara serius daripada nilai saksama mereka.

Jemput juga baca tentang cara main saham dan teknik analisis saham

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.