Category: Istilah

  • Tentang Kadar Faedah Tahunan Berkesan (Effective Annual Rate Interest)

    Tentang Kadar Faedah Tahunan Berkesan (Effective Annual Rate Interest)

    Kadar faedah tahunan berkesan atau “effective annual interest rate”, merupakan kadar faedah sebenar yang diperolehi atau dibayar ke atas sesebuah pelaburan, pinjaman atau produk kewangan yang lain hasil daripada pengkompaunan (compounding) untuk satu tempoh yang diberikan. Kadar ini juga dipanggil kadar faedah berkesan (effective interest rate), kadar berkesan (effective rate) atau kadar sepadan tahunan (annual equivalent rate). Kadar faedah tahunan…

  • Info Tentang Sempadan Kecekapan (Efficient Frontier)

    Info Tentang Sempadan Kecekapan (Efficient Frontier)

    Sempadan kecekapan, satu istilah yang diterjemah secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, “efficient frontier”, merupakan satu set portfolio optimum yang menawarkan pulangan jangkaan yang paling tinggi bagi tahap risiko yang ditetapkan atau risiko terendah untuk tahap pulangan jangkaan yang diberikan. Portfolio-portfolio yang berada di bawah “efficient frontier” merupakan sub-optimum kerana ianya tidak memberikan pulangan yang cukup bagi…

  • Fahami Maksud Kadar Hasil Dividen (Dividend Yield)

    Fahami Maksud Kadar Hasil Dividen (Dividend Yield)

    Kadar hasil dividen atau istilah bahasa Inggerinsnya, “dividend yield” merupakan satu nisbah kewangan yang menunjukkan berapa banyak sesebuah syarikat membayar dividen setiap tahun berkaitan dengan harga saham syarikat. Semasa ketiadaan sebarang laba modal (capital gains), kadar hasil dividen merupakan pulangan untuk pelaburan bagi sesebuah saham. Kadar hasil dividen dikira berdasarkan pengiraan berikut; Kadar hasil dividen = Dividen…

  • Ketahui Cara Pengiraan Nisbah Pembayaran Dividen (Dividend Payout Ratio)

    Ketahui Cara Pengiraan Nisbah Pembayaran Dividen (Dividend Payout Ratio)

    Nisbah pembayaran dividen atau dalam bahasa Inggerisnya, “Dividend Payout Ratio”, merupakan nisbah jumlah dividen yang dibayar kepada pemegang saham berkaitan dengan pendapatan bersih syarikat. Nisbah ini merupakan peratusan pendapatan yang dibayar kepada pemegang-pemegang saham dalam bentuk dividen. Sementara jumlah yang tidak dibayar kepada pemegang-pemegang saham dikekalkan di dalam syarikat untuk membayar hutang atau untuk pelaburan semula…

  • Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pelan Caruman Ditentukan (Defined Contribution Plan)?

    Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pelan Caruman Ditentukan (Defined Contribution Plan)?

    Pelan caruman ditentukan atau dalam bahasa Inggerisnya, “Defined-Contribution (DC) Plan”, merupakan pelan persaraan yang biasanya tertangguh cukai seperti pelan 401 (k) atau 403 (b), di mana pekerja menyumbang satu jumlah yang tetap atau satu peratusan daripada gaji mereka ke dalam akaun yang dikhaskan untuk membiayai persaraan mereka. Syarikat penaja pada masa-masa tertentu akan memadankan sebahagian daripada…

  • Info Tentang Pelan Manfaat Ditentukan (Defined-Benefit Plan)

    Info Tentang Pelan Manfaat Ditentukan (Defined-Benefit Plan)

    “Defined-benefit plan” atau dalam bahasa Melayunya, pelan manfaat ditentukan merupakan pelan persaraan yang ditaja oleh majikan di mana manfaat-manfaat pekerja disusun berasaskan satu formula, menggunakan faktor-faktor seperti sejarah penggajian dan tempoh bekerja pekerja. Pengurusan risiko pelaburan dan portfolio di bawah kawalan syarikat sepenuhnya. Terdapat juga batasan atau halangan untuk bila dan bagaimanan pekerja boleh mengeluarkan dana…

  • Apa Itu Nisbah Hutang/Ekuiti (Debt/Equity Ratio)?

    Apa Itu Nisbah Hutang/Ekuiti (Debt/Equity Ratio)?

    Nisbah hutang/ekuiti atau dalam bahasa Inggerisnya, “Debt/Equity Ratio (D/E Ratio)”, merupakan satu ukuran tahap kegoncangan sesebuah syarikat dengan membahagikan keseluruhan liabiliti (kadang-kadang hanya faedah yang dikenakan, hutang jangka panjang sahaja yang digunakan) syarikat dengan ekuiti pemegang saham syarikat. Nisbah hutang/ekuiti menunjukkan jumlah ekuiti dan hutang yang digunakan oleh syarikat untuk membiayai aset-aset syarikat. Selain itu, nisbah…

  • Fahami Maksud Istilah Nilai Saksama (Fair Value)

    Fahami Maksud Istilah Nilai Saksama (Fair Value)

    Nilai saksama atau dalam bahasa Inggerisnya, “fair value”, merupakan nilai yang dianggarkan untuk kesemua aset dan liabiliti untuk sesebuah syarikat yang diambil alih yang digunakan untuk menyatukan penyata kewangan kedua-dua syarikat. Manakala untuk pasaran hadapan (futures market) pula, nilai saksama merujuk kepada harga keseimbangan untuk sesebuah kontrak hadapan (futures contract). Ia juga sama dengan harga tunai (spot price) selepas…

  • Maksud Istilah Pendapatan Kasar (Gross Income) Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!

    Maksud Istilah Pendapatan Kasar (Gross Income) Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!

    Bagi seorang individu, pendapatan kasar turut dikenali sebagai gaji kasar apabila dia menerima gaji. Pendapatan atau gaji kasar ini merujuk kepada jumlah keseluruhan gaji individu daripada majikannya sebelum potongan cukai dan potongan-potongan lain. Ia juga termasuk pendapatan daripada sumber-sumber lain dan tidak terhad kepada pendapatan yang diterima secara tunai sahaja, di mana ia juga termasuk…

  • Baca Info Tentang Muhibah (Goodwill)

    Baca Info Tentang Muhibah (Goodwill)

    Muhibah atau dalam bahasa Inggerisnya, “goodwill” merupakan sesuatu aset tidak ketara yang dikaitkan dengan pembelian sesebuah syarikat oleh syarikat lain. Secara khususnya, muhibah adalah bahagian harga belian yang lebih tinggi daripada jumlah nilai saksama bersih (net fair value) kesemua aset yang dibeli di dalam pengambil alihan dan liabiliti yang diandaikan di dalam proses tersebut. Nilai jenama syarikat,…

  • Pernahkah Anda Mendengar Tentang Istilah Nisbah Gearing (Gearing Ratio)?

    Pernahkah Anda Mendengar Tentang Istilah Nisbah Gearing (Gearing Ratio)?

    Nisbah gearing, istilah yang diterjemah secara lansung daripada perkataan asalnya dalam bahasa Inggeris, “gearing ratio”, adalah satu istilah untuk menjelaskan nisbah kewangan yang membandingkan beberapa bentuk ekuiti pemilik atau modal kepada dana-dana yang dipinjam. “Gearing”merupakan satu ukuran keumpilan (leverage) kewangan, menunjukkan tahap di mana aktiviti-aktiviti sesebuah syarikat dibiayai dengan dana-dana pemilik ataupun dana-dana kreditor (peminjam). Semakin tinggi keumpilan…

  • Fahami Maksud Istilah Kontrak Hadapan (Futures Contract)

    Fahami Maksud Istilah Kontrak Hadapan (Futures Contract)

    Kontrak hadapan atau istilah asalnya dalam bahasa Inggeris, “futures contract” merupakan sebuah perjanjian berkontrak yang pada umumnya dibuat pada ruang perdagangan di pasaran atau bursa “futures”, untuk membeli atau menjual komoditi tertentu atau instrumen kewangan pada harga yang telah ditetapkan di masa akan datang. Selain itu, kontrak hadapan memperincikan kualiti dan kuantiti aset asas yang mana aset-aset…

  • Fahami Maksud Pasaran Hadapan (Futures) Dalam Saham

    Fahami Maksud Pasaran Hadapan (Futures) Dalam Saham

    Hadapan atau istilah bahasa Inggerisnya, “futures” melibatkan sebuah kontrak kewangan yang memerlukan seorang pembeli untuk membeli sesebuah aset ataupun seorang penjual untuk menjual sesebuah aset, seperti satu komoditi fizikal ataupun satu instrumen kewangan, pada harga tertentu pada masa yang telah ditetapkan di masa akan datang. Kontrak hadapan (futures contract) memperincikan kualiti dan kuantiti aset asas. Aset-aset asas…

  • Ketahui Analisis Asas (Fundamental Analysis) Di Sini!

    Ketahui Analisis Asas (Fundamental Analysis) Di Sini!

    Analisis asas atau “fundamental analysis” merupakan satu kaedah penilaian yang mengukur nilai intrinsik sekuriti dengan faktor-faktor ekonomi, kewangan dan lain-lain faktor kualitatif dan kuantitatif yang berkaitan. Analisis asas mengkaji semua perkara yang mungkin boleh mempengaruhi nilai sekuriti, termasuklah faktor-faktor makroekonomi seperti keadaan keseluruhan ekonomi dan industri serta faktor-faktor tertentu seperti keadaan kewangan dan pengurusan syarikat. Tujuan…

  • Fahami Maksud Aliran Tunai Bebas (Free Cash Flow) Di Dalam Ekonomi

    Fahami Maksud Aliran Tunai Bebas (Free Cash Flow) Di Dalam Ekonomi

    Aliran tunai bebas atau dalam bahasa Inggerisnya, “Free Cash Flow (FCF)” merupakan satu ukuran prestasi kewangan yang dikira dengan aliran tunai operasi tolak perbelanjaan modal. Aliran tunai bebas menunjukkan tunai yang boleh yang dijana atau dihasilkan oleh sesebuah syarikat setelah menggunakan wang yang diperlukan untuk mengekalkan atau mengembangkan aset asasnya. Selain itu, aliran tunai bebas adalah…