Hadapan atau istilah bahasa Inggerisnya, “futures” melibatkan sebuah kontrak kewangan yang memerlukan seorang pembeli untuk membeli sesebuah aset ataupun seorang penjual untuk menjual sesebuah aset, seperti satu komoditi fizikal ataupun satu instrumen kewangan, pada harga tertentu pada masa yang telah ditetapkan di masa akan datang.

Kontrak hadapan (futures contract) memperincikan kualiti dan kuantiti aset asas. Aset-aset asas ini diseragamkan untuk memudahkan perdagangan pada pasaran “futures”. Sesetengah kontrak hadapan mungkin memerlukan (call) penghantaran fizikal aset tersebut, dan yang lain-lain diselesaikan secara tunai. Pasaran “futures” dikategorikan dengan keupayaan untuk menggunakan daya umpil lebih tinggi berbanding pasaran saham.

Di samping itu, “futures” boleh digunakan sama ada untuk melindung nilai ataupun membuat spekulasi mengenai pergerakan harga sesebuah aset asas. Sebagai contoh, seorang pengeluar jagung boleh menggunakan “futures” menguncikan jagung pada harga tertentu dan mengurang risiko (melindung nilai). Namun demikian, sesiapa sahaja boleh membuat spekulasi mengenai pergerakan harga jagung dengan menggunakan “futures” secara lama atau sekejap.

Perbezaan utama di antara opsyen (options) dan “futures” adalah opsyen memberi memberi pemegang opsyen hak, bukannya kewajipan untuk membeli atau menjual aset asas sebelum tamat tempoh, manakala pemegang “futures” wajib untuk memenuhi terma-terma kontrak. Dalam dunia realiti, para pemegang kontrak hadapan tidak memegang kontrak tersebut sehingga tamat tempoh.

Tambahan lagi, sekiranya seseorang pelabur itu memegang kontrak hadapan dengan lama, pelabur tersebut boleh menyamai jenis kontrak yang sama untuk mengimbangi kedudukannya. Ini berfungsi untuk keluar daripada kedudukan, seperti menjual sesebuah saham di dalam pasaran ekuiti akan menutup sesebuah perdagangan.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.