Pelan caruman ditentukan atau dalam bahasa Inggerisnya, “Defined-Contribution (DC) Plan”, merupakan pelan persaraan yang biasanya tertangguh cukai seperti pelan 401 (k) atau 403 (b), di mana pekerja menyumbang satu jumlah yang tetap atau satu peratusan daripada gaji mereka ke dalam akaun yang dikhaskan untuk membiayai persaraan mereka.

Syarikat penaja pada masa-masa tertentu akan memadankan sebahagian daripada caruman pekerja sebagai faedah tambahan. Pelan ini juga mempunyai batasan dan halangan yang mengawal bila dan bagaimana pekerja boleh mengeluarkan dana daripada akaun-akaun ini tanpa dikenakan penalti.

Namun demikian, tidak terdapat cara untuk mengetahui berapa banyak jumlah dana pelan caruman ditentukan ini akan diterima oleh pekerja apabila mereka bersara. Ini kerana tahap caruman boleh berubah dan pulangan daripada pelaburan dana ada kemungkinan untuk naik dan turun dalam setiap tahun.

Menurut “Investment Company Institute”, setakat 19 Jun 2019, pelan caruman ditentukan adalah sebanyak lebih kurang $8.2 trilion daripada $29.1 trilion jumlah aset pelan persaraan yang diadakan di Amerika Syarikat. Di samping itu, pelan caruman ditentukan dikatakan berbeza daripada pelan manfaat ditentukan kerana pelan ini menjamin peserta akan menerima faedah tertentu pada tarikh-tarikh tertentu di masa hadapan. Pelan ini juga dikenali sebagai pelan pencen.

Pelan caruman ditentukan mengambil wang belum cukai dan membolehkan wang tersebut berkembang dalam pelaburan pasaran modal berdasarkan dasar tertangguh cukai. Ini bermakna yang cukai pendapatan akan dibayar semasa pengeluaran, tetapi tidak sehingga umur persaraan di mana umur minimum adalah 55 tahun, dengan pengagihan minimum diperlukan atau “required minimum distributions (RMD)”, bermula pada umur 60 tahun.

Tujuannya adalah untuk pekerja memperoleh lebih banyak wang, dan dengan itu akan tertakluk kepada cukai yang lebih tinggi, sebagai pekerja sepenuh masa dan akan mempunyai pengurangan cukai yang lebih rendah apabila mereka bersara. Selain itu, wang yang berkembang di dalam akaun tersebut terkecuali daripada cukai perolehan modal.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.