Kadar faedah tahunan berkesan atau “effective annual interest rate”, merupakan kadar faedah sebenar yang diperolehi atau dibayar ke atas sesebuah pelaburan, pinjaman atau produk kewangan yang lain hasil daripada pengkompaunan (compounding) untuk satu tempoh yang diberikan. Kadar ini juga dipanggil kadar faedah berkesan (effective interest rate), kadar berkesan (effective rate) atau kadar sepadan tahunan (annual equivalent rate).

Kadar faedah tahunan berkesan dikira berdasarkan formula berikut;

[1 + i/n]n – 1,

di mana ‘i’ merupakan kadar faedah tahunan dan ‘n’ pula merupakan jumlah tempoh pengkompaunan.

Selain daripada itu, kadar faedah tahunan berkesan merupakan satu konsep penting dalam kewangan kerana ianya digunakan untuk membandingkan produk-produk kewangan yang berbeza termasuklah pinjaman, garis kredit (lines of credits), atau produk-produk pelaburan seperti sijil-sijil deposit yang menghitung faedah yang dikompaunkan (compounded interest) secara berbeza.

Sebagai contoh, sekiranya pelaburan A membayar 10%, dikompaun secara bulanan dan pelaburan B membayar 10,1% dengan dikompaun secara separa tahunan, kadar faedah tahunan berkesan boleh digunakan untuk menentukan pelaburan mana yang sebenarnya akan lebih menguntungkan untuk sepanjang tahun tersebut.

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.