Nisbah pembayaran dividen atau dalam bahasa Inggerisnya, “Dividend Payout Ratio”, merupakan nisbah jumlah dividen yang dibayar kepada pemegang saham berkaitan dengan pendapatan bersih syarikat. Nisbah ini merupakan peratusan pendapatan yang dibayar kepada pemegang-pemegang saham dalam bentuk dividen.

Sementara jumlah yang tidak dibayar kepada pemegang-pemegang saham dikekalkan di dalam syarikat untuk membayar hutang atau untuk pelaburan semula dalam operasi utama syarikat. Nisbah pembayaran dividend ini juga biasanya dikenali sebagai nisbah pembayaran (payout ratio).

Selain daripada itu, nisbah pembayaran dividen juga memberikan petunjuk tentang berapa banyak wang yang dikembalikan oleh syarikat kepada pemegang-pemegang saham berbanding berapa banyak wang yang dikekalkan oleh sesebuah syarikat untuk melabur dalam pertumbuhan syarikat, pembayaran hutang-hutang atau menambah rizab tunai, (mengekalkan perolehan).

Formula Pengiraan Nisbah Pembayaran Dividen

Nisbah pembayaran dividen boleh dikira sebagai dividen tahunan per saham dibahagikan dengan pendapatan per saham (Earnings per share / EPS), atau boleh juga dikira dengan dividen bahagi dengan pendapatan bersih seperti yang ditunjukkan di bawah ini;

Nisbah pembayaran dividen = Dividen yang dibayar ÷ Pendapatan bersih,

atau,

Nisbah pembayaran dividen = Dividen tahunan per saham ÷ Pendapatan per saham (EPS).

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.