Kadar hasil dividen atau istilah bahasa Inggerinsnya, “dividend yield” merupakan satu nisbah kewangan yang menunjukkan berapa banyak sesebuah syarikat membayar dividen setiap tahun berkaitan dengan harga saham syarikat.

Semasa ketiadaan sebarang laba modal (capital gains), kadar hasil dividen merupakan pulangan untuk pelaburan bagi sesebuah saham. Kadar hasil dividen dikira berdasarkan pengiraan berikut;

Kadar hasil dividen = Dividen per saham tahunan (Annual Dividends per Share) ÷ Harga per saham (Price per Share)

Dalam erti kata lain, kadar hasil dividen merupakan satu langkah untuk mengukur sebanyak mana aliran tunai yang diperolehi oleh seseorang pelabur untuk setiap wang yang dilaburkan di dalam sesebuah kedudukan ekuiti (equity position). Dengan kata lain, berapa banyak keuntungan daripada setiap wang yang dilaburkan yang akan diperolehi oleh pelabur melalui dividen.

Para pelabur yang memerlukan aliran minimum bagi aliran tunai  daripada portfolio-portfolio pelaburan mereka boleh menjamin aliran tunai ini dengan melabur di dalam saham yang secara relatif memberikan kadar hasil dividen yang tinggi dan stabil (high & stable dividend yields).

Sebagai contoh, sekiranya dua buah syarikat membayar dividen tahunan sebanyak RM10 per saham, namun saham syarikat A didagangkan pada harga RM200 dan saham syarikat B pula didagangkan pada harga RM400, maka syarikat A mempunyai kadar hasil dividen sebanyak 5%, manakala syarikat B mempunyai kadar hasil dividen sebanyak 2.5%.

Oleh itu, dengan menganggap faktor-faktor lain adalah lebih kurang sama untuk kedua-dua buah syarikat, seseorang pelabur yang berusaha untuk menambah pendapatannya mungkin akan lebih memilih saham syarikat A berbanding saham syarikat B.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.