Muhibah atau dalam bahasa Inggerisnya, “goodwill” merupakan sesuatu aset tidak ketara yang dikaitkan dengan pembelian sesebuah syarikat oleh syarikat lain. Secara khususnya, muhibah adalah bahagian harga belian yang lebih tinggi daripada jumlah nilai saksama bersih (net fair value) kesemua aset yang dibeli di dalam pengambil alihan dan liabiliti yang diandaikan di dalam proses tersebut.

Nilai jenama syarikat, asas pelanggan yang kukuh, hubungan pelanggan yang baik, hubungan pekerja yang baik dan pembuatan teknologi (proprietary technology) merupakan beberapa contoh muhibah.

Seterusnya, pada dasarnya, proses untuk menghitung muhibah adalah agak jelas namun boleh menjadi agak rumit apabila dilaksanakan. Untuk menentukan muhibah melalui formula paling ringkas, tolakkan harga belian sesebuah syarikat dengan nilai saksama bersih pasaran yang telah ditolak aset dengan liabiliti.

Untuk lebih jelas, di bawah ini merupakan gambaran formula pengiraan muhibah;

P − (A − L), di mana P merupakan harga belian (purchase price) syarikat sasaran, A pula nilai saksama pasaran aset dan L pula adalah nilai saksama pasaran liabiliti.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.