Fahami Maksud Istilah Nilai Saksama (Fair Value)
Nilai saksama atau dalam bahasa Inggerisnya, "fair value", merupakan nilai yang dianggarkan untuk kesemua aset dan liabiliti untuk sesebuah syarikat yang…

Nilai saksama
Nilai yang dianggarkan untuk kesemua aset dan liabiliti untuk sesebuah syarikat yang diambil alih yang digunakan untuk menyatukan penyata kewangan kedua-dua syarikat. Untuk pasaran hadapan pula, nilai saksama merujuk kepada harga keseimbangan untuk sesebuah kontrak hadapan. Ia juga sama dengan harga tunai selepas mengambil kira faedah yang dikompaunkan serta dividen yang rugi kerana pelabur memiliki kontrak hadapan berbanding saham fizikal.
Nilai saksama atau dalam bahasa Inggerisnya, “fair value”, merupakan nilai yang dianggarkan untuk kesemua aset dan liabiliti untuk sesebuah syarikat yang diambil alih yang digunakan untuk menyatukan penyata kewangan kedua-dua syarikat. Manakala untuk pasaran hadapan (futures market) pula, nilai saksama merujuk kepada harga keseimbangan untuk sesebuah kontrak hadapan (futures contract). Ia juga sama dengan harga tunai (spot price) selepas mengambil kira faedah yang dikompaunkan (compounded interest) serta dividen yang rugi kerana pelabur memiliki kontrak hadapan berbanding saham fizikal, untuk satu tempoh tertentu. Selain daripada itu, nilai saksama yang disebut di dalam televisyen merujuk kepada hubungan antara kontrak hadapan ke atas indeks pasaran dan juga nilai sebenar indeks. Apabila kontrak hadapan didagang melebihi nilai saksama, ini bermakna pedagang sedang mengandaikan bahawa indeks pasaran akan menjadi lebih tinggi. Begitu juga sekiranya kontrak hadapan didagang lebih rendah daripada nilai saksama, itu bermakna pedagang mengandaikan bahawa indeks pasaran akan menjadi lebih rendah.
Rujukan
- Fair Value - Investopedia. https://www.investopedia.com/terms/f/fairvalue.asp