Nisbah gearing, istilah yang diterjemah secara lansung daripada perkataan asalnya dalam bahasa Inggeris, “gearing ratio”, adalah satu istilah untuk menjelaskan nisbah kewangan yang membandingkan beberapa bentuk ekuiti pemilik atau modal kepada dana-dana yang dipinjam. “Gearing”merupakan satu ukuran keumpilan (leverage) kewangan, menunjukkan tahap di mana aktiviti-aktiviti sesebuah syarikat dibiayai dengan dana-dana pemilik ataupun dana-dana kreditor (peminjam).

Semakin tinggi keumpilan yang dimiliki oleh sesebuah syarikat, semakin berisiko syarikat tersebut. Seperti dengan kebanyakan nisbah lain, tahap boleh terima keumpilan ditentukan dengan membandingkan nisbah-nisbah daripada syarikat-syarikat yang sama di dalam industri yang sama.

Contoh terbaik untuk nisbah gearing adalah termasuk nisbah hutang (keseluruhan hutang) kepada ekuiti (keseluruhan ekuiti) (debt-to-equity ratio), berapa kali faedah diperolehi (EBIT kepada keseluruhan faedah), nisbah ekuiti (ekuiti kepada aset), dan nisbah hutang (keseluruhan hutang kepada keseluruhan aset).

Sebuah syarikat yang mempunyai gearing yang tinggi (keumpilan yang tinggi) adalah lebih lebih mudah terdedah kepada bahaya kemorosotan dalam kitaran perniagaan disebabkan syarikat tersebut perlu menjelaskan hutang secara berterusan tanpa mengira berapa buruk tahap perniagaan syarikat. Jumlah ekuiti yang besar memberikan perlindungan dan dilihat sebagai satu ukuran kekuatan kewangan.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.