Analisis asas atau “fundamental analysis” merupakan satu kaedah penilaian yang mengukur nilai intrinsik sekuriti dengan faktor-faktor ekonomi, kewangan dan lain-lain faktor kualitatif dan kuantitatif yang berkaitan. Analisis asas mengkaji semua perkara yang mungkin boleh mempengaruhi nilai sekuriti, termasuklah faktor-faktor makroekonomi seperti keadaan keseluruhan ekonomi dan industri serta faktor-faktor tertentu seperti keadaan kewangan dan pengurusan syarikat.

Tujuan analisis asas ini adalah untuk menghasilkan satu nilai yang seseorang pelabur boleh bandingkan dengan harga semasa sekuriti  dalam cubaan untuk memastikan sama ada sekuriti tersebut adalah di bawah harga (underpriced) atau di atas harga (overpriced). Selain itu, analisis asas merupakan analisis yang bertentangan dengan analisis teknikal.

Selain daripada itu, analisis asas menggunakan data sebenar untuk menilai nilai sekuriti. Walaupun kebanyakan penganalisis menggunakan analisis asas untuk menilai saham, kaedah penilaian ini boleh digunakan untuk hampir kesemua jenis sekuriti. Sebagai contoh, seorang pelabur boleh melakukan analisis asas ke atas nilai sesebuah bon dengan melihat kepada faktor-faktor ekonomi seperti kadar faedah dan keadaan keseluruhan ekonomi, beserta dengan maklumat tentang penerbit bon, seperti kemungkinan perubahan di dalam penilaian kredit.

Dengan saham pula, kaedah ini boleh melihat hasil pendapatan, perolehan, pertumbuhan masa depan, pulangan ke atas ekuiti, margin keuntungan dan data-data lain untuk menentukan nilai asas sesebuah syarikat serta potensi pertumbuhan atau perkembangan. Di samping itu, analisis asas digunakan untuk melihat secara mendalam ke dalam penyata kewangan sesebuah syarikat. Sementara itu, Warren Buffet, “the Oracle of Omaha”, adalah penganalisis analisis asas yang terkenal.

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.