Nisbah hutang/ekuiti atau dalam bahasa Inggerisnya, “Debt/Equity Ratio (D/E Ratio)”, merupakan satu ukuran tahap kegoncangan sesebuah syarikat dengan membahagikan keseluruhan liabiliti (kadang-kadang hanya faedah yang dikenakan, hutang jangka panjang sahaja yang digunakan) syarikat dengan ekuiti pemegang saham syarikat. Nisbah hutang/ekuiti menunjukkan jumlah ekuiti dan hutang yang digunakan oleh syarikat untuk membiayai aset-aset syarikat.

Selain itu, nisbah hutang/ekuiti yang tinggi pada umumnya menunjukkan bahawa sesebuah syarikat itu bersifat agresif dalam membiayai pertumbuhan syarikat melalui hutang. Nisbah yang tinggi ini boleh mengakibatkan pendapatan syarikat yang tidak menentu akibat daripada perbelanjaan tambahan untuk faedah pinjaman.

Sekiranya banyak hutang yang dibuat untuk membiayai operasi yang bertambah iaitu hutang lebih tinggi daripada ekuiti, syarikat tersebut perlu menjana pendapatan yang lebih tinggi berbanding pendapatan yang dijana tanpa pembiayaan hutang. Sekiranya dengan berhutang meningkatkan pendapatan dengan amaun yang lebih besar daripada perbelanjaan hutang (faedah), pemegang-pemegang saham akan menerima manfaat di mana lebih banyak pendapatan diagihkan kepada pemegang-pemegang saham.

Namun demikian, apabila kos pembiayaan hutang melebihi pulangan atau pendapatan yang dijana oleh syarikat melalui hutang, ini akan menimbulkan masalah kepada syarikat tersebut. Situasi ini yang mungkin boleh membawa kepada kebankrapan akan menyebabkan pemegang-pemegang saham tidak memperolehi apa-apa.

Selain itu, nisbah hutang/ekuiti juga bergantung kepada industri yang diceburi oleh sesebuah syarikat. Sebagai contoh, industri yang bermodal rapi seperti industri kereta lebih cenderung mempunyai nisbah hutang/ekuiti yang lebih daripada 2, sedangkan syarikat-syarikat komputer peribadi mempunyai nisbah hutang/ekuiti bawah daripada 0.5.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.