Bagi seorang individu, pendapatan kasar turut dikenali sebagai gaji kasar apabila dia menerima gaji. Pendapatan atau gaji kasar ini merujuk kepada jumlah keseluruhan gaji individu daripada majikannya sebelum potongan cukai dan potongan-potongan lain. Ia juga termasuk pendapatan daripada sumber-sumber lain dan tidak terhad kepada pendapatan yang diterima secara tunai sahaja, di mana ia juga termasuk hartanah atau perkhidmatan yang diterima. Oleh itu, pendapatan kasar tahunan merupakan jumlah keseluruhan wang sebelum cukai yang diterima oleh seseorang individu dalam tempoh satu tahun dan juga termasuk pendapatan-pendapatan daripada sumber-sumber lain.

Selain itu, pendapatan kasar individu akan digunakan oleh pemberi pinjaman atau tuan tanah dalam menentukan sama ada individu tersebut adalah peminjam mahupun penyewa yang layak. Tambahan lagi, apabila memfailkan cukai pendapatan persekutuan dan negara, pendapatan kasar adalah titik permulaan sebelum menolak potongan untuk menentukan jumlah cukai yang dikenakan.

Seterusnya bagi sesebuah syarikat pula, pendapatan kasar boleh disamakan dengan margin kasar ataupun keuntungan kasar. Pendapatan kasar syarikat yang boleh didapati di dalam penyata pendapatan, merupakan hasil daripada kesemua sumber ditolak dengan kos barangan yang djual atau dalam bahasa Inggerisnya, “Cost of Goods Sold (COGS)”.

Selain itu, pendapatan kasar syarikat ataupun margin keuntungan kasar merupakan ukuran paling mudah tentang keberuntungan (profitability) sesebuah syarikat. Walaupun metrik pendapatan kasar telah memasukkan kos lansung penghasilan dan penyedian barangan dan perkhidmatan, ianya tidak termasuk kos lain yang berkaitan dengan aktiviti penjualan, pentadbiran, cukai dan kos-kos lain yang berkaitan untuk menjalankan perniagaan secara keseluruhannya.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.