Author: safwanrazali
-

Apa Itu Bida (Bid) Dalam Pasaran Ekonomi
Bida dalam ekonomi mempunyai dua definisi. Yang pertama, bida merupakan harga di mana tawaran dibuat oleh pelabur, pedagang ataupun peniaga untuk membeli sekuriti. Bida menetapkan harga dan kuantiti yang akan dibeli. Sebagai contoh, harga bida sesuatu saham adalah RM100.00 X 1000, yang bermaksud bahawa seorang pelabur ingin membeli 1000 unit saham dengan harga RM100.00. Sekiranya…
-

Istilah Opsyen Beli (Call Option) Dalam Pasaran
Opsyen beli atau istilah bahasa Inggerisnya, “call option” merupakan satu kontrak kewangan yang memberi hak kepada pembeli-pembeli opsyen, tetapi bukan kewajipan, untuk membeli stok, bon, komoditi atau aset atau instrumen-instrumen lain pada harga tertentu dalam tempoh masa tertentu.Stok, bon, atau komoditi dipanggil sebagai aset asas. Pembeli opsyen mendapat keuntungan apabila harga aset asas meningkat. Opsyen beli mungkin…
-

Fahami Maksud Perolehan / Pendapatan (Earnings)
Perolehan atau pendapatan atau dalam istilah bahasa Inggerisnya, “earnings”, merupakan jumlah keuntungan yang dihasilkan oleh sesebuah syarikat untuk satu tempoh tertentu. Perolehan syarikat biasanya dinyatakan dalam bentuk suku tahunan atau secara tahunan. Selain daripada itu, perolehan atau pendapatan juga merujuk kepada pendapatan bersih selepas cukai. Di samping itu juga, perolehan sesebuah syarikat merupakan penentu utama harga…
-

Apa Itu Kovarians (Covariance) Dalam Ekonomi
Kovarians, istilah yang diterjemahkan secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, “covariance”, merupakan ukuran sejauh mana pulangan-pulangan pada dua aset yang berisiko bergerak seiring. Kovarians positif merujuk kepada pulangan aset yang bergerak bersama-sama. Sementara kovarians negatif pula bermakna pulangan aset bergerak secara terbalik. Satu kaedah untuk pengiraan kovarians adalah dengan melihat kejutan pulangan atau “return surprises” (sisihan daripada pulangan…
-

Apa Itu Kos Modal (Cost Of Capital)?
Kos modal, “cost of capital”, merupakan kadar pulangan yang diperlukan untuk membuat anggaran modal (capital budgeting) untuk projek seperti membina sebuah kilang baru adalah berbaloi. Apabila penganalisis dan para pelabur membincangkan tentang kos modal, kebiasaanya mereka membincangkan tentang jumlah purata gabungan di antara kos hutang syarikat dan juga kos ekuiti syarikat. Metrik kos modal digunakan oleh sesebuah syarikat di…
-

Fahami Maksud Korelasi (Correlation) Di Dalam Pelaburan
Korelasi, satu istilah yang diterjemahkan secara lansung daripada bahasa Inggeris, “correlation” membawa maksud hubungan. Di dalam industri kewangan dan pelaburan, korelasi merupakan satu teknik analisis yang digunakan dalam statistik yang mengukur bagaimana dua sekuriti berhubung ke arah satu sama lain. Korelasi digunakan dalam pengurusan portfolio yang canggih, yang dikira sebagai pekali korelasi (correlation coefficient), yang mesti mempunyai…
-

Tentang Swap Mungkir Kredit (Credit Default Swap / CDS)
Swap mungkir kredit atau istilah asalnya dalam bahasa Inggeris, “Credit Default Swap (CDS)”, merupakan satu terbitan kewangan atau kontrak yang membolehkan pelabur untuk menukar (swap) atau mengimbangi risiko kreditnya dengan pelabur lain. Sebagai contoh, sekiranya pemberi pinjaman bimbang bahawa peminjam akan gagal membayar pinjaman, pemberi pinjaman boleh menggunakan CDS untuk mengimbangi atau menukar risiko tersebut. Bagi menukar risiko…
-

Fahami Maksud Penarafan Kredit (Credit Rating)
Penarafan atau penilaian kredit (credit rating) adalah satu taksiran yang mengukur nilai kredit peminjam secara umum atau berkenaan dengan hutang-hutang atau kewajipan kewangan yang tertentu. Penarafan kredit boleh diberikan kepada mana-mana entiti yang bertujuan untuk membuat pinjaman, sama ada untuk individu, perbadanan, pihak berkuasa negeri atau wilayah, atau kerajaan berdaulat. Kredit individu dinilaikan oleh biro…
-

Aset Semasa (Current Assets), Asas Dalam Ilmu Perakaunan
Aset semasa merupakan satu akaun di dalam kunci kira-kira atau lejar perakaunan yang mewakili nilai semua aset yang pada logiknya dijangka akan ditukarkan menjadi tunai dalam tempoh setahun untuk perjalanan biasa sesebuah perniagaan. Aset-aset semasa adalah termasuk tunai, akaun penghutang, inventori, sekuriti yang boleh dipasarkan, perbelanjaan prabayar dan aset-aset cair lain yang boleh ditukarkan kepada…
-

Pernahkah Anda Mendengar Tentang Debentur (Debenture)
Debentur satu istilah yang diterjemah secara lansung dari perkataan bahasa Inggerisnya, “debenture”, adalah sejenis hutang yang tidak bercagar dengan cagaran. Oleh kerana debentur tidak mempunyai sokongan dalam bentuk cagaran, debentur mesti bergantung kepada kredit dan reputasi penerbit sebagai sokongan. Kedua-dua organisasi iaitu syarikat dan kerajaan sering mengeluarkan debentur untuk meningkatkan modal atau dana. Sama seperti kebanyakan…
-

Fahami Indeks Perindustrian Dow Jones (Dow Jones Industrial Average / DJIA)
Indeks Perindustrian Dow Jones atau dalam bahasa Inggerisnya, “Dow Jones Industrial Average (DJIA)”, merupakan satu indeks yang menjejaki 30 buah syarikat besar dan berpemilikan umum yang berdagang di pasaran saham New York (New York Stock Exchange / NYSE) dan NASDAQ. Indeks ini dinamakan dengan Dow Jones bersempena dengan nama Charles Dow, individu yang mencipta indeks ini serta…
-

Mari Memahami Maksud Due Diligence
“Due Diligence” atau DD merupakan satu penyiasatan atau audit ke atas potensi sesebuah pelaburan. DD berfungsi untuk mengesahkan semua fakta material berkenaan dengan jualan. Dengan kata lain, penawaran untuk membeli sesuatu aset biasanya bergantung kepada hasil analisis “due diligence”. Ini termasuk pengkajian semula semua rekod kewangan dan apa-apa sahaja yang dianggap penting kepada sesuatu penjualan. Di…
-

Apa Itu Dollar-Cost Averaging Dalam Saham?
“Dollar-Cost Averaging” atau (DCA) merupakan satu teknik pelaburan dengan membeli sesuatu saham pada satu jumlah amaun pelaburan yang tetap dalam dalam tempoh berkala tanpa mengambil kira harga saham tersebut. Dengan menggunakan DCA, seseorang pelabur akan membeli saham secara berterusan, di mana sebahagian dibeli ketika harga saham menurun dan sebahagian dibeli ketika harga saham meningkat. Teknik ini digunakan untuk…
-

Siapakah Friedrich Hayek? Pakar Ekonomi
Friedrich Hayek merupakan seorang ahli ekonomi yang terkenal. Beliau dilahirkan di Vienna, Austria, pada tahun 1899. Beliau terkenal dengan sumbangan beliau yang banyak dalam bidang ekonomi dan falsafah politik. Pendekatan beliau banyak dipengaruhi oleh sekolah ekonomi Austria (Austrian school of economics). Beliau juga menekankan tentang sifat pengetahuan yang terhad. Di samping itu, beliau juga terkenal dalam…
-

Biodata Pengasas Google Larry Page. Bagaimana Beliau Menjadi Jutawan?
Jom ketahui biodata pengasas Google. Larry Page, pengasas salah sebuah syarikat teknologi paling terkenal di dunia, Alphabet Inc. (GOOGL, GOOG), yang dahulunya dikenali sebagai “Google”, merupakan salah seorang daripada individu terkaya di dunia, yang mana kekayaan beliau dianggarkan sebanyak $66 bilion pada tahun 2020. Kekayaan beliau ini terhasil melalui kesungguhan, penemuan dan penggunaan bakat beliau untuk memberi…