Korelasi, satu istilah yang diterjemahkan secara lansung daripada bahasa Inggeris, “correlation” membawa maksud hubungan. Di dalam industri kewangan dan pelaburan, korelasi merupakan satu teknik analisis yang digunakan dalam statistik yang mengukur bagaimana dua sekuriti berhubung ke arah satu sama lain. Korelasi digunakan dalam pengurusan portfolio yang canggih, yang dikira sebagai pekali korelasi (correlation coefficient), yang mesti mempunyai nilai di antara -1.0 dan +1.0.

Satu korelasi positif yang sempurna menunjukkan pekali korelasi adalah 1. Ini menunjukkan bahawa setelah satu sekuriti bergerak, sama ada ke atas atau ke bawah, satu lagi sekuriti akan turut bergerak secara serentak ke arah yang sama. Manakala satu korelasi negatif yang sempurna pula menunjukkan dua aset bergerak ke arah yang bertentangan, sementara satu korelasi sifar menunjukkan tiada hubungan lansung.

Sebagai contoh, dana-dana bersama had besar pada umumnya mempunyai korelasi positif yang tinggi kepada indeks Standard & Poor’s (S&P) 500 yang mana sangat hampir kepada 1. Saham-saham had kecil pula turut mempunyai korelasi positif kepada indeks yang sama tetapi tidak setinggi dana-dana bersama had besar, biasanya dalam sekitar 0.8.

Walau bagaimanapun, harga opsyen jual dan harga saham asas mereka akan cenderung unutk mempunyai korelasi negatif. Sekiranya harga saham meningkat, maka harga opsyen jual menurun. Ini merupakan korelasi negatif secara lansung dan tinggi.

Jemput juga baca artikel cara main saham dan teknik analisis saham

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.