Kos modal, “cost of capital”, merupakan kadar pulangan yang diperlukan untuk membuat anggaran modal (capital budgeting) untuk projek seperti membina sebuah kilang baru adalah berbaloi. Apabila penganalisis dan para pelabur membincangkan tentang kos modal, kebiasaanya mereka membincangkan tentang jumlah purata gabungan di antara kos hutang syarikat dan juga kos ekuiti syarikat.

Metrik kos modal digunakan oleh sesebuah syarikat di peringkat dalaman untuk menilai sama ada perbelanjaan sumber syarikat untuk satu projek modal itu berbaloi. Para pelabur menggunakan metrik kos modal untuk menentukan sama ada sesebuah pelaburan itu berbaloi untuk risiko berbanding pulangan.

Selain itu, kos modal juga bergantung kepada cara pembiayaan yang digunakan. Ianya merujuk kepada kos ekuiti sekiranya perniagaan dibiaya melalui ekuiti semata-mata atau kos hutang sekiranya perniagaan dibiaya melalui hutang semata-mata.

Terdapat banyak syarikat yang menggunakan gabungan hutang dan ekuiti untuk membiayai perniagaan atau syarikat mereka. Oleh itu, bagi syarikat-syarikat seperti ini, keseluruhan kos modal diperolehi daripada kos purata wajaran (weighted average) kos semua sumber yang dikenali sebagai purata wajaran kos modal, “weighted average cost of capital (WACC)”.

Jemput juga baca artikel idea bisnes online dan tips bisnes orang Cina

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.