Aset Semasa (Current Assets), Asas Dalam Ilmu Perakaunan
Aset semasa merupakan satu akaun di dalam kunci kira-kira atau lejar perakaunan yang mewakili nilai semua aset yang pada logiknya dijangka akan ditukarkan…

Aset Semasa
Satu akaun di dalam kunci kira-kira atau lejar perakaunan yang mewakili nilai semua aset yang pada logiknya dijangka akan ditukarkan menjadi tunai dalam tempoh setahun untuk perjalanan biasa sesebuah perniagaan.
Aset semasa merupakan satu akaun di dalam kunci kira-kira atau lejar perakaunan yang mewakili nilai semua aset yang pada logiknya dijangka akan ditukarkan menjadi tunai dalam tempoh setahun untuk perjalanan biasa sesebuah perniagaan. Aset-aset semasa adalah termasuk tunai, akaun penghutang, inventori, sekuriti yang boleh dipasarkan, perbelanjaan prabayar dan aset-aset cair lain yang boleh ditukarkan kepada tunai dengan mudah. Di samping itu, aset-aset semasa adalah penting untuk perniagaan kerana aset-aset semasa merupakan perbelanjaan. Ianya juga bergantung kepada jenis-jenis perniagaan. Oleh itu, aset-aset semasa boleh terdiri daripada tong-tong minyak mentah kepada barangan bakar, atau kepada mata wang asing. Selain itu, di dalam kewangan peribadi, aset-aset semasa adalah semua aset yang seseorang itu dapat tukarkan kepada wang tunai dengan mudah untuk membayar hutang-hutang dan melindungi liabiliti-liabiliti tanpa perlu menjual aset-aset tetap. Aset-aset semasa dalam kewangan peribadi adalah seperti tunai di tangan, akaun-akaun bank, dan sekuriti yang boleh dipasarkan yang tidak terikat dengan pelaburan-pelaburan jangka panjang. Dalam erti kata lain, aset-aset semasa mempunyai nilai dan boleh ditukar kepada wang tunai dengan lebih cepat (sangat cair) berbanding aset-aset tetap.
Rujukan
- Current Assets Definition - Investopedia. https://www.investopedia.com/terms/c/currentassets.asp