Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Siapakah Friedrich Hayek? Pakar Ekonomi

Friedrich Hayek merupakan seorang ahli ekonomi yang terkenal. Beliau dilahirkan di Vienna, Austria, pada tahun 1899. Beliau terkenal dengan sumbangan…

EkonomiKemas kini terakhir: 22 Oktober 2020oleh safwanrazali
Gambar ilustrasi Friedrich Hayek, ahli ekonomi dan pemenang Hadiah Nobel.

Fakta Ringkas

Nama Penuh
Friedrich Hayek
Peranan
Ahli Ekonomi
Dikenali Kerana
Sumbangan dalam bidang ekonomi dan falsafah politik, mempertahankan kapitalisme pasaran bebas
Tarikh Lahir
1899 · Vienna, Austria
Tarikh Meninggal
23 Mac 1992
Pendekatan
Dipengaruhi oleh sekolah ekonomi Austria (Austrian school of economics)
Kewarganegaraan
Menjadi rakyat British (British Subject) pada tahun 1938
Lokasi Akademik
Austria, Great Britain, Amerika Syarikat dan Jerman
Institusi Akademik
Sekolah Ekonomi London (LSE), Universiti Chicago dan Universiti Freiburg
Buku Terkenal
The Road to Serfdom (1940-1943)

Pencapaian

  • Pemenang bersama The Sveriges Riksbank Prize in Economic Sciences in Memory of Alfred Nobel (Hadiah Nobel Ekonomi) pada tahun 1974
  • Dilantik sebagai ahli Order of the Companions of Honour oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 1984
  • Individu pertama yang memenangi Hanns Martin Schleyer Prize pada tahun 1984
  • Menerima pingat U.S. Presidential Medal of Freedom pada tahun 1991 oleh Presiden George H. W. Bush

Friedrich Hayek merupakan seorang ahli ekonomi yang terkenal. Beliau dilahirkan di Vienna, Austria, pada tahun 1899. Beliau terkenal dengan sumbangan beliau yang banyak dalam bidang ekonomi dan falsafah politik. Pendekatan beliau banyak dipengaruhi oleh sekolah ekonomi Austria (Austrian school of economics). Beliau juga menekankan tentang sifat pengetahuan yang terhad. Di samping itu, beliau juga terkenal dalam mempertahankan kapitalisme pasaran bebas dan diingati sebagai salah seorang pengkritik terbesar terhadap kesepakatan sosialis. Selain itu juga, pada tahun 1974, Friedrich Hayek merupakan seorang pemenang bersama “The Sveriges Riksbank Prize in Economic Sciences in Memory of Alfred Nobel”, yang merupakan sebuah Hadiah Nobel Ekonomi. Beliau meninggal dunia pada tanggal 23 Mac 1992. Menurut laman web rasmi Hadiah Nobel tersebut, Friedrich Hayek dan Gunnar Myrdal masing-masing memenangi Hadiah Nobel Ekonomi tersebut pada tahun 1974 berdasarkan kerja-kerja mereka yang sangat giat tentang teori wang dan turun naik ekonomi serta analisis mereka yang boleh difahami tentang kebergantungan dalam ekonomi, sosial dan institusi. Selepas kematian beliau, beberapa buah universiti yang pernah diajar oleh Hayek telah memberi penghormatan kepada beliau seperti menamakan sebuah auditorium dengan nama beliau. Selain daripada itu, Hayek dianggap sebagai seorang ahli teori sosial dan falsafah politik pada abad ke-20. Teori beliau mengenai kaedah mengubah harga yang menyampaikan maklumat yang membantu masyarakat menentukan rancangan-rancangan mereka secara meluas dianggap sebagai pencapaian penting dalam ekonomi. Teori beliau ini sekaligus melayakkan beliau untuk memenangi Hadiah Nobel Ekonomi. Sebagai seorang veteran untuk Perang Dunia I, Hayek menyatakan, pengalaman beliau dalam peperangan tersebut serta keinginan beliau untuk mengelakkan kesilapan yang membawa kepada peperangan tersebut menyebabkan beliau terjerumus dalam bidang ekonomi. Hayek pernah menetap di Austria, Great Britain, Amerika Syarikat dan Jerman dan menjadi rakyat British (British Subject), pada tahun 1938. Beliau menghabiskan sebahagian besar kehidupan akedemik beliau di Sekolah Ekonomi London (London School of Economics / LSE), Universiti Chicago dan Universiti Freiburg. Salah satu pencapaian utama Hayek adalah buku beliau, “The Road to Serfdom”, yang beliau karang berkenaan dengan pandangan umum dalam akademik British bahawa fasisme adalah reaksi kapitalis terhadap sosialisme. Buku tersebut dikarang di antara tahun 1940 hingga tahun 1943. Tajuk buku tersebut merupakan ilham daripada satu karya daripada seorang penulis pemikir liberal klasi Perancis, Alexis de Tocqueville, “road to servitude”. Buku beliau tersebut telah menjadi terkenal dan telah diterbitkan di Amerika Syarikat oleh Universiti Chicago pada bulan September pada tahun tersebut, yang mana telah menjadikan buku tersebut lebih popular di Amerika Syarikat berbanding di Britain. Berdasarkan kenyataan editor, Max Eastman, majalah Amerika, “Reader’s Digest” juga telah menerbitkan satu versi ringkas tentang buku tersebut pada bulan April 1945, yang membolehkan “The Road to Serfdom” mencapai audiens atau pembaca-pembaca yang jauh lebih luas daripada ahli-ahli akademik. Buku tersebut juga sangat popular di kalangan mereka yang menyokong individualisme dan liberalisme klasik. Pada tahun 1984, Hayek telah dilantik untuk menjadi ahli “Order of the Companions of Honour” oleh Ratu Elizabeth II, berdasarkan nasihat daripada Perdana Menteri, Margaret Thatcher, untuk perkhidmatan beliau dalam mengkaji ekonomi. Beliau juga merupakan individu pertama yang memenangi “Hanns Martin Schleyer Prize”, pada tahun 1984. Selain itu juga, beliau pernah menerima pingat “U.S. Presidential Medal of Freedom”, pada tahun 1991 oleh Presiden George H. W. Bush. Jemput juga baca tentang biodata Marc Zuckerberg dan biodata Jimmy Choo

Rujukan

Rujukan

Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.