Swap mungkir kredit atau istilah asalnya dalam bahasa Inggeris, “Credit Default Swap (CDS)”, merupakan satu terbitan kewangan atau kontrak yang membolehkan pelabur untuk menukar (swap) atau mengimbangi risiko kreditnya dengan pelabur lain. Sebagai contoh, sekiranya pemberi pinjaman bimbang bahawa peminjam akan gagal membayar pinjaman, pemberi pinjaman boleh menggunakan CDS untuk mengimbangi atau menukar risiko tersebut.

Bagi menukar risiko mungkir (default), pemberi pinjaman membeli CDS daripada pelabur lain yang bersetuju untuk membayar balik kepada pemberi pinjaman dalam kes peminjam mungkir. Kebanyakan CDS akan memerlukan bayaran premium berterusan untuk mengekalkan kontrak, yang mana sama seperti dasar insurans.

Swap mungkir kredit direka untuk memindahkan pendedahan kredit produk-produk pendapatan tetap antara dua pihak atau lebih. Dalam CDS, pembeli “swap” membuat bayaran kepada penjual “swap” sehingga tarikh matang kontrak. Sebagai balasan, penjual bersetuju bahawa sekiranya penerbit hutang atau peminjam mungkir atau mengalami satu lagi peristiwa kredit, (credit event), penjual akan membayar kepada pembeli nilai sekuriti serta semua pembayaran faedah yang akan dibayar antara masa tersebut dan tarikh matang sekuriti.

CDS juga merupakan terbitan kredit, (credit derivative), yang paling umum dan mungkin melibatkan bon perbandaran, bon pasaran meningkat naik. sekuriti yang disokong gadai janji atau bon korporat. CDS turut dikenali sebagai kontrak terbitan kredit.

Bagi menjelaskan lagi, bon dan sekuriti hutang lain mempunyai risiko bahawa peminjam tidak akan membayar hutang atau faedahnya. Oleh kerana sekuriti hutang sering mempunyai tempoh matang yang panjang, iaitu sepanjang 30 tahun, amat sukar untuk pelabur untuk membuat anggaran yang tepat mengenai risiko tersebut untuk sepanjang hayat instrumen tersebut.

Oleh yang demikian, CDS telah menjadi satu kaedah yang sangat popular untuk menguruskan risiko seperti ini. Akauntan Mata Wang Amerika Syarikat mengeluarkan laporan suku tahunan mengenai terbitan kredit dan dalam laporan yang dikeluarkan pada bulan Jun 2018 itu, ia menyatakan saiz keseluruhan pasaran ialah sebanyak $4.2 trilion, di mana CDS menyumbang sebanyak $3.68 trilion.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.