Debentur satu istilah yang diterjemah secara lansung dari perkataan bahasa Inggerisnya, “debenture”, adalah sejenis hutang yang tidak bercagar dengan cagaran. Oleh kerana debentur tidak mempunyai sokongan dalam bentuk cagaran, debentur mesti bergantung kepada kredit dan reputasi penerbit sebagai sokongan. Kedua-dua organisasi iaitu syarikat dan kerajaan sering mengeluarkan debentur untuk meningkatkan modal atau dana.

Sama seperti kebanyakan bon, debentur boleh membayar bayaran faedah berkala yang disebut sebagai pembayaran kupon. Seperti jenis-jenis bon lain, debentur didokumenkan di dalam “indenture”“Indenture” adalah satu kontrak yang sah yang mengikat penerbit bon dan pemegang bon. Kontrak ini menentukan ciri-ciri tawaran hutang, seperti tarikh matang, masa pembayaran faedah atau kupon, kaedah pengiraan faedah dan ciri-ciri lain. Syarikat dan kerajaan antara organisasi yang boleh mengeluarkan debentur.

Kerajaan biasanya menerbitkan bon jangka panjang mereka yang mempunyai tempoh matang lebih dari 10 tahun. Bon-bon kerajaan yang dianggap pelaburan berisiko rendah ini mempunyai sokongan daripada penerbit kerajaan. Sementara itu, syarikat pula menggunakan debentur sebagai pinjaman jangka panjang. Walau bagaimanapun, debentur syarikat atau korporat tidak bercagar. Sebaliknya, mereka hanya disokong oleh daya maju kewangan dan tahap kepercayaan kredit syarikat sahaja.

Instrumen hutang ini membayar kadar faedah dan ia boleh ditebus atau dibayar semula pada tarikh yang telah ditetapkan. Kebiasaannya, syarikat membuat pembayaran faedah hutang berjadual sebelum membayar dividen saham kepada pemegang saham. Di samping itu, debentur memberikan manfaat kepada syarikat kerana ia membawa kadar faedah yang lebih rendah dan tarikh pembayaran balik yang lebih lama berbanding dengan jenis-jenis pinjaman dan instrumen hutang yang lain.

Jemput juga baca artikel nisbah hutang dan hutang PTPTN

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.