Penarafan atau penilaian kredit (credit rating) adalah satu taksiran yang mengukur nilai kredit peminjam secara umum atau berkenaan dengan hutang-hutang atau kewajipan kewangan yang tertentu. Penarafan kredit boleh diberikan kepada mana-mana entiti yang bertujuan untuk membuat pinjaman, sama ada untuk individu, perbadanan, pihak berkuasa negeri atau wilayah, atau kerajaan berdaulat.

Kredit individu dinilaikan oleh biro kredit seperti Experian dan TransUnion pada skala bernombor 3 digit menggunakan bentuk penilaian kredit Fair Isaac (FICO). Sementara itu, penarafan dan penilaian kredit untuk perusahaan dan kerajaan biasanya dilakukan oleh lembaga penilai kredit seperti Standard & Poor’s (S&P), Moody’s atau Fitch. Agensi-agensi penarafan ini dibayar oleh entiti yang sedang mencari penarafan kredit untuk diri sendiri mahupun untuk salah satu hutangnya.

Rujukan

  • Credit Rating – Investopedia.

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.