Opsyen beli atau istilah bahasa Inggerisnya, “call option” merupakan satu kontrak kewangan yang memberi hak kepada pembeli-pembeli opsyen, tetapi bukan kewajipan, untuk membeli stok, bon, komoditi atau aset atau instrumen-instrumen lain pada harga tertentu dalam tempoh masa tertentu.Stok, bon, atau komoditi dipanggil sebagai aset asas. Pembeli opsyen mendapat keuntungan apabila harga aset asas meningkat.

Opsyen beli mungkin berbeza dengan opsyen jual, di mana opsyen jual memberikan hak kepada pemegang aset untuk menjual aset asas pada harga tertentu semasa atau sebelum aset tamat tempoh. Ini mungkin disebabkan oleh keadaan harga stok (stock’s moneyness) atau status keluar/masuk stok.

Asas Opsyen Beli

Bagi opsyen-opsyen ke atas saham, opsyen beli memberi hak kepada pemegang untuk membeli 100 saham syarikat pada harga tertentu, yang dikenali sebagai harga sepakat (strike price), sehingga tarikh tertentu yang dikenali sebagai tarikh tamat tempoh.

Sebagai contoh, satu kontrak opsyen beli tunggal boleh memberi hak kepada pemegang saham untuk membeli 100 saham Apple pada $100 sehingga tarikh tamat tempoh dalam masa tiga bulan. Terdapat banyak tarikh tamat tempoh dan harga sepakat untuk para peniaga membuat pilhan. Apabila nilai saham Apple meningkat, maka harga kontrak opsyen juga meningkat, dan begitu juga sebaliknya.

Pembeli opsyen beli boleh memegang kontrak sehingga tarikh tamat temph, di mana mereka boleh membeli 100 saham stok atau menjual kontrak opsyen tersebut pada bila-bila masa sahaja sebelum tarikh tamat tempoh pada harga semasa pasaran kontrak pada masa tersebut.

Selain itu, harga pasaran opsyen beli dipanggil premium. Ia merupakan harga yang dibayar untuk hak yang diberikan oleh opsyen beli. Sekiranya pada waktu tamat tempoh harga aset asas berada di bawah harga sepakat, pembeli opsyen telah mengalami kerugian untuk premium yang dibayar. Ini merupakan satu kerugian maksimum. Sekiranya harga aset asas berada di atas harga sepakat pada waktu tamat tempoh, keuntungan yang diperolehi adalah harga semasa saham tolak harga sepakat dan premium. Kemudian didarabkan dengan berapa banyak saham yang pembeli opsyen miliki.

Sebagai contoh, sekiranya Apple berdagang dengan $110 pada waktu tamat tempoh, dan harga sepakat adalah $100 manakala harga opsyen ialah $2, maka keuntungan yang diperolehi adalah $110 – ($100 + $2) = $8. Sekiranya pembeli memiliki satu kontrak, maka $8 X 100 = $800 atau $1600 sekiranya pembeli membeli dua kontrak ($8 X 200).

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.