Perolehan atau pendapatan atau dalam istilah bahasa Inggerisnya, “earnings”, merupakan jumlah keuntungan yang dihasilkan oleh sesebuah syarikat untuk satu tempoh tertentu. Perolehan syarikat biasanya dinyatakan dalam bentuk suku tahunan atau secara tahunan.

Selain daripada itu, perolehan atau pendapatan juga merujuk kepada pendapatan bersih selepas cukai. Di samping itu juga, perolehan sesebuah syarikat merupakan penentu utama harga saham-saham syarikat. Ini kerana perolehan dan keadaan yang berkaitan dengannya akan memberikan gambaran sama ada saham tersebut akan menguntungkan dan memberikan kejayaan untuk tempoh masa yang panjang.

Tambahan lagi, perolehan mungkin menjadi satu butiran yang paling banyak dikaji di dalam penyata kewangan sesebuah syarikat. Ini kerana perolehan menyatakan keuntungan sesebuah syarikat. Selain itu, perolehan suku tahunan atau perolehan tahunan sesebuah syarikat sering dibandingkan dengan jangkaan syarikat tersebut dan para penganalisis.

Dalam banyak kes, apabila perolehan tidak menepati atau mencapai jangkaan syarikat atau penganalisis, harga saham-saham syarikat tersebut akan menurun. Begitu juga sebaliknya, di mana sekiranya perolehan syarikat melebihi jangkaan yang dibuat, harga saham mereka akan meningkat.

Jemput juga baca artikel panduan memilih broker saham dan cara beli saham global

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.