Category: Istilah
-

Maksud Penyata Perakaunan (Balance Sheet) Dan Fungsinya
Penyata perakaunan atau juga dikenali sebagai kunci kira-kira atau lejar perakaunan merupakan satu penyata kewangan yang merumuskan aset serta liabiliti syarikat dan ekuiti pemegang saham syarikat pada satu tempoh tertentu. Penyata perakaunan ini memberikan satu gambaran kepada pelabur mengenai apa yang dimiliki oleh sesebuah syarikat termasuk hutang yang dimiliki serta jumlah yang dilaburkan oleh para…
-

Apa Itu Aset Berasaskan Sekuriti (Asset-Backed Security)?
Aset Berasaskan Sekuriti atau dalam bahasa Inggeris “Asset-Backed Security (ABS)” merupakan satu sekuriti kewangan yang disokong oleh pinjaman, pajakan atau penghutang selain daripada hartanah dan pajak gadai berasaskan sekuriti. Aset berasaskan sekuriti juga boleh dikatakan sebagai satu alternatif untuk melabur dalam hutang korporat atau syarikat. Secara teorinya, jika dilihat pada dasarnya, aset berasaskan sekuriti atau “ABS” adalah sama dengan…
-

Ketahui Maksud Peruntukan Aset (Asset Allocation)
Peruntukan aset atau “asset allocation” merupakan satu strategi pelaburan yang digunakan bagi tujuan untuk mengimbangi risiko dan pulangan dengan mengagihkan pelaburan kepada tiga bahagian utama aset iaitu ekuiti, bon dan tunai. Peruntukan aset adalah selaras dengan matlamat individu, margin risiko dan skop pelaburan. Pada dasarnya, pembahagian aset yang berbeza mempunyai tahap risiko dan pulangan yang berlainan dan…
-

Pengertian Aset (Asset) Yang Tidak Semua Tahu
Aset boleh didefinisikan sebagai satu sumber yang mempunyai nilai ekonomi yang dimiliki atau dikawal oleh seseorang individu, sesebuah syarikat atau sesebuah negara dengan jangkaan bahawa ianya akan memberi faedah pada masa hadapan. Sesuatu aset itu dibeli untuk meningkatkan nilai sesebuah firma. Seseorang individu atau sesebuah organisai perlu memikirkan sesuatu aset sebagai suatu alat atau instrumen…
-

Nisbah Ujian Asid (Acid-Test Ratio), Istilah Penting Dalam Perakaunan
Nisbah ujian asid atau dalam istilah bahasa Inggerisnya, “acid-test ratio” merupakan satu ujian yang ketat untuk menentukan sama ada sesebuah firma itu mempunyai aset jangka pendek yang mencukupi atau tidak untuk menampung liabiliti lansung tanpa perlu menjual stok. Dalam masa yang sama, nisbah ujian asid adalah jauh lebih berat daripada nisbah modal kerja kerana nisbah…
-

Fahami Maksud Arbitrasi (Arbitrage)
Arbitrasi yang diambil daripada perkataan bahasa Inggeris, “arbitrage” merupakan pembelian dan penjualan aset secara serentak untuk mendapatkan keuntungan daripada perbezaan harga. Dalam erti kata lain, arbitrasi merupakan perdagangan yang memanfaatkan perbezaan harga dalam instrumen kewangan yang sama atau serupa melalui pasaran yang berlainan. Selain itu, arbitrasi merupakan hasil daripada ketidakcekapan pasaran yang mana ia merupakan satu mekanisme…
-

Pengertian Swap Kadar Faedah (Interest Rate Swap)
Swap kadar faedah, istilah yang diterjemahkan secara lansung daripada bahasa Inggeris, “interest rate swap”, merupakan satu perjanjian di antara dua pihak yang dikenali sebagai rakan niaga (counterparty) yang mana satu aliran untuk pembayaran faedah masa depan ditukar untuk aliran lain, berdasarkan kepada jumlah pokok (principal) yang telah ditentukan. Swap kadar faedah sering terlibat dalam menukarkan satu pembayaran yang…
-

Tentang Kadar Antara Bank (Interbank Rate)?
Kadar antara bank, istilah ekonomi yang diterjemahkan secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, “interbank rate”, merupakan kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman jangka pendek yang dibuat di antara bank. Bank-bank meminjam dan meminjamkan wang di dalam pasaran antara bank untuk menguruskan kecairan (liquidity) dan memenuhi keperluan peraturan. Kadar faedah yang dikenakan bergantung kepada ketersediaan wang di…
-

Aset Tidak Ketara (Intangible Asset)
Aset tidak ketara atau “intangible asset” merupakan aset bukan fizikal sesebuah syarikat seperti harta intelek (butiran seperti paten, cap dagangan, hak cipta, dan metodologi perniagaan), muhibah dan pengiktirafan jenama. Aset tidak ketara boleh dikategorikan sebagai tidak nyat atau nyata. Sesebuah nama jenama syarikat dianggap aset tidak nyata kerana ianya kekal dengansyarikat selagi mana syarikat kekal beroperasi.…
-

Maksud Tawaran Awam Awal (Initial Public Offering)
Tawaran awam awal atau “initial public offering” atau lebih dikenali sebagai IPO merupakan penjualan awal saham oleh sesebuah syarikat kepada umum untuk meningkatkan modal. IPO biasanya diterbitkan oleh syarikat-syarikat yang lebih kecil dan masih baru, untuk mencari modal untuk mengembangkan perniagaan, namun boleh juga diterbitkan oleh syarikat-syarikat pemilikan swasta yang besar untuk diniagakan secara awam. Di…
-

Pengertian Inflasi (Inflation)
Inflasi merupakan satu ukuran kuantitatif untuk kadar di mana paras harga purata sekumpulan barangan dan perkhidmatan pilihan dalam ekonomi meningkat pada satu tempoh masa. Inflasi merupakan peningkatan berterusan dalam tahap biasa harga di mana satu unit matawang membeli kurang daripada apa yang dilakukannya sebelum daripada peningkatan berlaku. Inflasi biasanya dinyatakan dalam bentuk peratus, dan menunjukkan…
-

Istilah Keluk Hasil Songsang (Inverted Yield Curve)
Keluk hasil songsang atau dalam bahasa Inggerisnya, “inverted yield curve” merupakan satu suasana kadar faedah di mana instrumen hutang jangka panjang mempunyai hasil lebih rendah daripada instrumen hutang jangka pendek yang mempunyai kualiti kredit yang sama. Jenis keluk hasil ini merupakan keluk yang paling jarang daripada tiga jenis keluk dan dianggap sebagai penunjuk kemelesetan ekonomi. Penyongsangan…
-

Dapatkan Pengertian Tentang Dana Indeks (Index Fund)
Dana indeks ataupun istilah asalnya dalam bahasa Inggeris, “index fund” merupakan satu jenis dana bersama dengan portfolio yang dibuat untuk memadankan atau menjejaki komponen-komponen sesebuah pasaran indeks seperti Standard & Poor’s 500 Index (S&P 500). Sebuah dana bersama indeks dikatakan menyediakan pendedahan pasaran yang luas, perbelanjaan operasi yang rendah dan perolehan portfolio yang rendah. Selain itu, pengindeksan…
-

Ketahui Tentang Indeks Hadapan (Index Futures) Di Dalam Ekonomi
Hadapan indeks, istilah yang diterjemah secara lansung daripada perkataan bahasa Inggeris, “index futures” merujuk kepada sebuah kontrak hadapan (futures contract) untuk sesebuah saham atau sesebuah indeks kewangan. Bagi setiap indeks, mungkin akan terdapat bilangan berbeza dalam menentukan harga kontrak hadapan. Sebagai contoh, S&P 500 Index merupakan salah sebuah kontrak hadapan indeks (index futures contract) yang paling banyak didagangkan secara…
-

Maksud Tidak Anjal (Inelastic) Dalam Pasaran
Tidak anjal atau istilah asalnya dalam bahasa Inggeris, “inelastic” merupakan satu istilah ekonomi yang merujuk kepada kuantiti yang tidak berubah untuk sesuatu barangan atau perkhidmatan apabila harganya berubah. Oleh itu, “”inelastic” bermaksud apabila harga menaik, tabiat pembelian pengguna kekal tidak berubah. Dalam erti kata lain, “inelastic” bermaksud 1 peratus perubahan dalam harga sesuatu barangan atau perkhidmatan mempunyai kurang…