Nisbah ujian asid atau dalam istilah bahasa Inggerisnya, “acid-test ratio” merupakan satu ujian yang ketat untuk menentukan sama ada sesebuah firma itu mempunyai aset jangka pendek yang mencukupi atau tidak untuk menampung liabiliti lansung tanpa perlu menjual stok.

Dalam masa yang sama, nisbah ujian asid adalah jauh lebih berat daripada nisbah modal kerja kerana nisbah modal kerja membenarkan pemasukan aset inventori atau stok. Nisbah ujian asid dikira melalui formula; (tunai + akaun penghutang (AR) + pelaburan jangka pendek) dibahagikan dengan liabiliti semasa.

Apa Yang Diperolehi Melalui Nisbah Ujian Asid

Melalui ujian asid, sesebuah syarikat atau perniagaan dapat dinilai tahap integriti kewangan mereka. Syarikat dengan nisbah ujian asid <1 tidak dapat membayar liabiliti semasa mereka, justeru mereka harus diperhatikan dengan berhati-hati. Sekiranya nisbah ujian asid jauh lebih rendah berbanding nisbah modal kerja, ini menunjukkan aset semasa sesebuah syarikat itu sangat bergantung kepada inventori atau stok. Kedai-kedai runcit merupakan salah satu contoh untuk perniagaan jenis ini.

Di samping itu, istilah nisbah ujian asid dikatakan berasal daripada kaedah yang digunakan oleh pelombong emas dalam memastikan sama ada biji emas yang dijumpai adalah asli dan tulen. Emas tidak seperti logam lain di mana emas tidak larut di dalam asid.

Dalam ujian yang dilakukan oleh pelombong emas, sekiranya biji emas tidak larut apabila ditenggelamkan di dalam asid, maka biji emas itu merupakan biji emas asli dan akan dilabel sebagai telah lulus ujian asid. Oleh itu, berdasarkan kiasan daripada ujian asid tersebut, syarikat-syarikat yang mempunyai penyata kewangan yang melepasi ujian asid tersebut boleh dilabel sebagai sebuah syarikat yang mempunyai integriti kewangan yang baik.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.