Swap kadar faedah, istilah yang diterjemahkan secara lansung daripada bahasa Inggeris, “interest rate swap”, merupakan satu perjanjian di antara dua pihak yang dikenali sebagai rakan niaga (counterparty) yang mana satu aliran untuk pembayaran faedah masa depan ditukar untuk aliran lain, berdasarkan kepada jumlah pokok (principal) yang telah ditentukan.

Swap kadar faedah sering terlibat dalam menukarkan satu pembayaran yang ditetapkan kepada satu pembayaran terapung (floating payment) yang dikaitkan kepada satu kadar faedah (yang paling kerap adalah LIBOR).

Sesebuah syarikat biasanya menggunakan swap kadar faedah untuk mengehadkan atau menguruskan pendedahan syarikat kepada turun naik dalam kadar faedah atau untuk mendapatkan kadar faedah yang rendah di mana syarikat tidak akan mampu dapatkan tanpa swap tersebut.

Selain itu, swap kadar faedah adalah pertukaran satu set aliran tunai (berdasarkan spesifikasi kadar faedah) kepada yang lain. Oleh kerana ianya didagangkan secara atas kaunter (over the counter / OTC), swap kadar faedah merupakan kontrak betul yang dibuat di antara dua atau lebih pihak dan oleh itu boleh disuaikan  dalam pelbagai cara.

Kebiasaannya, swap kadar faedah dicari oleh sesebuah syarikat yang menginginkan satu struktur kadar faedah yang syarikat lain boleh sediakan dengan lebih murah. Sebagai contoh, andaikan Cory’s Tequila Company (CTC) sedang mencari untuk meminjamkan dana pada kadar faedah yang tetap, namun Tom’s Sports Inc. (TSI) mempunyai akses kepada dana kadar tetap yang lebih murah.

Oleh itu, TSI boleh menerbitkan hutang kepada para pelabur pada kadar rendah tetapnya dan kemudian medagangkan kewajipan aliran tunai kadar tetap  kepada CTC untuk kewajipan kadar terapung (floating-rate) yang diterbitkan oleh TSI. Walau bagaimanapun, TSI mungkin mempunyai kadar terapung yang lebih tinggi daripada CTC,

Di samping itu, dengan menukarkan struktur faedah, sesebuah syarikaty boleh medapatkan kadar faedah leih murah, kos penggabungan  menurun, dan satu manfaat yeng boleh dikongsikan dengan kedua-dua pihak.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.