Tidak anjal atau istilah asalnya dalam bahasa Inggeris, “inelastic” merupakan satu istilah ekonomi yang merujuk kepada kuantiti yang tidak berubah untuk sesuatu barangan atau perkhidmatan apabila harganya berubah. Oleh itu, “”inelastic” bermaksud apabila harga menaik, tabiat pembelian pengguna kekal tidak berubah.

Dalam erti kata lain, “inelastic” bermaksud 1 peratus perubahan dalam harga sesuatu barangan atau perkhidmatan mempunyai kurang daripada 1 peratus perubahan dalam kuantiti yang diminta atau ditawarkan.

Sebagai contoh, sekiranya harga satu ubat penting berubah daripada RM200 kepada RM202, iaitu peningkatan sebanyak 1 peratus, dan permintaan berubah daripada 1,000 unit kepada 995 unit, di mana penurunan kurang daripada 1 peratus, maka ubat tersebut dianggap sebagai barangan “inelastic”. Sekiranya peningkatan harga tidak memberikan sebarang kesan kepada kuantiti yang diminta, ubat tersebut dianggap “inelastic” dengan sempurna. Keperluan dan rawatan perubatan biasanya menjadi “inelastic” kerana ianya diperlukan untuk ketahanan hidup, manakala barangan mewah biasanya menjadi anjal (elastic).

Selain itu, lekuk permintaan (demand curve) untuk “inelastic” dengan sempurna adalah digambarkan sebagai satu garisan menegak dalam paparan grafik kerana kuantiti yang diminta adalah sama pada sebarang harga. Penawaran mungkin tidak “inelastic” dengan sempurna dalam kes barangan unik seperti hasil kerja seni, di mana tidak kira berapa banyak pengguna sanggup membayarnya, ianya tidak mungkin akan ada lebih daripada satu versi yang asal.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.