Keluk hasil songsang atau dalam bahasa Inggerisnya, “inverted yield curve” merupakan satu suasana kadar faedah di mana instrumen hutang jangka panjang mempunyai hasil lebih rendah daripada instrumen hutang jangka pendek yang mempunyai kualiti kredit yang sama. Jenis keluk hasil ini merupakan keluk yang paling jarang daripada tiga jenis keluk dan dianggap sebagai penunjuk kemelesetan ekonomi.

Penyongsangan separa berlaku apabila hanya beberapa Perbendaharaan jangka pendek (5 atau 10 tahun) mempunyai hasil yang lebih tinggi berbanding Perbendaharaan 30 tahun. Keluk hasil songsang juga sering dirujuk sebagai keluk hasil negatif.

Secara sejarahnya, penyongsangan keluk hasil telah mengatasi kebanyakan kemelesetan Amerika Syarikat. Oleh kerana korelasi bersejarah ini, keluk hasil sering dilihat sebagai penunjuk yang tepat dalam titik perubahan dalam kitaran perniagaan. Sesuatu keluk hasil yang songsang meramalkan kadar faedah lebih rendah di masa depan kerana bon jangka panjang telah menjadi permintaan, mengurankan lagi hasil.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.