Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Maksud Penyata Perakaunan (Balance Sheet) Dan Fungsinya

Penyata perakaunan atau juga dikenali sebagai kunci kira-kira atau lejar perakaunan merupakan satu penyata kewangan yang merumuskan aset serta liabiliti…

perakKemas kini terakhir: 25 Jun 2020oleh safwanrazali
Ilustrasi penyata perakaunan atau balance sheet yang menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti pemegang saham.

Ringkasan Kunci

  • Merumuskan aset, liabiliti syarikat dan ekuiti pemegang saham pada satu tempoh tertentu.
  • Menggunakan formula: aset = liabiliti + ekuiti pemegang saham.
  • Memberi gambaran kepada pelabur mengenai kedudukan kewangan syarikat dan hutangnya.
  • Berbeza dengan penyata pendapatan yang menunjukkan pendapatan dan keuntungan dalam tempoh masa tertentu.

Penyata perakaunan atau juga dikenali sebagai kunci kira-kira atau lejar perakaunan merupakan satu penyata kewangan yang merumuskan aset serta liabiliti syarikat dan ekuiti pemegang saham syarikat pada satu tempoh tertentu. Penyata perakaunan ini memberikan satu gambaran kepada pelabur mengenai apa yang dimiliki oleh sesebuah syarikat termasuk hutang yang dimiliki serta jumlah yang dilaburkan oleh para pemegang saham. Penyata perakaunan menggunakan formula berikut; aset = liabiliti + ekuiti pemegang saham. Setiap satu daripada tiga segmen atau bahagian penyata perakaunan mempunyai banyak akaun atau butiran di dalamnya yang mendokumenkan atau mencatatkan nilai dan jumlah masing-masing. Akaun seperti tunai, inventori dan harta termasuk di dalam segmen aset pada penyata perakauanan, sementara akaun seperti akaun pemiutang dan hutang jangka panjang termasuk ke dalam bahagian liabilit pada penyata perakauan. Selain itu, akaun-akaun yang terdapat di dalam penyata perakaunan adalah berbeza di antara syarikat atau industri. Ini kerana tidak ada contoh set yang secara tepat yang merangkumi perbezaan di antara perniagaan atau syarikat yang berbeza. Di samping itu, ianya dipanggil penyata perakaunan kerana kedua-dua bahagian penyata ini mengimbangi satu sama lain. Ianya merupakan satu logik yang munasabah di mana sebagai contoh, syarikay perlu membayar semua benda yang ada (aset) dengan membuat pinjaman (liabiliti) atau mendapatkan wang daripada pemegang saham syarikat (ekuiti pemegang saham). Penyata perakaunan juga merupakan salah satu bahagian penting dalam maklumat kewangan yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat. Ini kerana ianya merupakan gambaran tentang apa yang dimiliki dan hutang yang dimiliki oleh syarikat pada masa tersebut. Di samping itu, penyata perakaunan adalah berbeza dengan penyata pendapatan, di mana penyata pendapatan atau keuntungan menunjukkan pendapatan dan keuntungan syarikat dalam tempoh masa tertentu. Namun demikian, penyata-penyata ini membentangkan gambaran lengkap tentang status atau keadaan kewangan sesebuah syarikat.

Rujukan

Rujukan

Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.