Aset tidak ketara atau “intangible asset” merupakan aset bukan fizikal sesebuah syarikat seperti harta intelek (butiran seperti paten, cap dagangan, hak cipta, dan metodologi perniagaan), muhibah dan pengiktirafan jenama. Aset tidak ketara boleh dikategorikan sebagai tidak nyat atau nyata.

Sesebuah nama jenama syarikat dianggap aset tidak nyata kerana ianya kekal dengansyarikat selagi mana syarikat kekal beroperasi. Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah syarikat memasuki perjanjian undang-undang untuk beroperasi di bawah paten syarikat lain tanpa sebarang rancangan untuk melanjutkan perjanjian, ia akan mempunyai jangka hayat terhad dan dikelaskan sebagai aset nyata.

Walaupun aset tidak ketara tidak mempunyai nilai fizikal yang jelas seperti kilang atau kelengkapan, ia boleh menjadi sangat bernilai dan mungkin penting dalam kejayaan jangka panjang sesebuah syarikat.

Sebagai contoh, syarikat Coca-Cola tidak mungkin akan berjaya tanpa nilai tinggi yang diperolehi melalui pengiktirafan jenamanya. Walaupun pengiktirafan jenama ini bukan aset ketara yang boleh dilihat atau disentuh, kesan positifnya terhadap keuntungan membuktikan betapa pentingnya untuk syarikat seperti Coca-Cola, yang mana kekuatan jenamanya telah memacu jualan global tahun demi tahun.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.