Arbitrasi yang diambil daripada perkataan bahasa Inggeris, “arbitrage” merupakan pembelian dan penjualan aset secara serentak untuk mendapatkan keuntungan daripada perbezaan harga. Dalam erti kata lain, arbitrasi merupakan perdagangan yang memanfaatkan perbezaan harga dalam instrumen kewangan yang sama atau serupa melalui pasaran yang berlainan.

Selain itu, arbitrasi merupakan hasil daripada ketidakcekapan pasaran yang mana ia merupakan satu mekanisme yang membantu memastikan harga sesuatu instrumen kewangan tidak menyimpang dengan ketara daripada nilai yang saksama atau bersesuaian untuk jangka masa panjang.

Namun begitu, arbitrasi bukanlah suatu strategi pelaburan jangka panjang, sebaliknya ia merupakan strategi perdagangan jangka pendek untuk memanfatkan ketidakcekapan harga jangka pendek. Ini kerana arbitrasi membantu memastikan harga instrumen kewangan tidak menyimpang terlalu jauh daripada nilai yang sesuai untuk sesuatu aset bagi tempoh yang lama.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.