Peruntukan aset atau “asset allocation” merupakan satu strategi pelaburan yang digunakan bagi tujuan untuk mengimbangi risiko dan pulangan dengan mengagihkan pelaburan kepada tiga bahagian utama aset iaitu ekuiti, bon dan tunai. Peruntukan aset adalah selaras dengan matlamat individu, margin risiko dan skop pelaburan. Pada dasarnya, pembahagian aset yang berbeza mempunyai tahap risiko dan pulangan yang berlainan dan oleh kerana itu ianya mempunyai sifat yang berbeza dari masa ke semasa.

Namun demikian, tidak terdapat formula yang mudah dalam menentukan peruntukan aset yang sesuai untuk setiap individu atau syarikat. Walau bagaimanapun, kebanyakan profesional atau pakar kewangan bersetuju bahawa peruntukan aset merupakan sala satu komponen pelaburan yang paling penting.

Dengan kata lain, pemilihan sekuriti merupakan sekunder dengan cara para pelabur memperuntukkan pelaburan yang merangkumi stok, bon dan wang tunai. Sesetengah dana bersama yang disebut umur produk “life-cycle” atau dana tarikh sasaran (target-date funds) menggunakan peruntukan aset untuk menyediakan para pelabur dengan portfolio yang selari dengan umur pelabur, tahap risiko yang sanggup diambil dan juga objektif pelaburan.

Namun demikian, terdapat beberapa pengkritik tidak bersetuju dengan pendapat di atas dan berpendapat bahawa jenis dana yang telah diseragamkan ini mempunyai masalah oleh kerana pelabur inidvidu memerlukan penyelesaian individu bukannya pendekatan pelaburan yang sesuai digunakan untuk semua keadaan atau “one-size-fits-all”.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.