Author: safwanrazali
-

Maksud Istilah Pendapatan Kasar (Gross Income) Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Bagi seorang individu, pendapatan kasar turut dikenali sebagai gaji kasar apabila dia menerima gaji. Pendapatan atau gaji kasar ini merujuk kepada jumlah keseluruhan gaji individu daripada majikannya sebelum potongan cukai dan potongan-potongan lain. Ia juga termasuk pendapatan daripada sumber-sumber lain dan tidak terhad kepada pendapatan yang diterima secara tunai sahaja, di mana ia juga termasuk…
-

Baca Info Tentang Muhibah (Goodwill)
Muhibah atau dalam bahasa Inggerisnya, “goodwill” merupakan sesuatu aset tidak ketara yang dikaitkan dengan pembelian sesebuah syarikat oleh syarikat lain. Secara khususnya, muhibah adalah bahagian harga belian yang lebih tinggi daripada jumlah nilai saksama bersih (net fair value) kesemua aset yang dibeli di dalam pengambil alihan dan liabiliti yang diandaikan di dalam proses tersebut. Nilai jenama syarikat,…
-

Pernahkah Anda Mendengar Tentang Istilah Nisbah Gearing (Gearing Ratio)?
Nisbah gearing, istilah yang diterjemah secara lansung daripada perkataan asalnya dalam bahasa Inggeris, “gearing ratio”, adalah satu istilah untuk menjelaskan nisbah kewangan yang membandingkan beberapa bentuk ekuiti pemilik atau modal kepada dana-dana yang dipinjam. “Gearing”merupakan satu ukuran keumpilan (leverage) kewangan, menunjukkan tahap di mana aktiviti-aktiviti sesebuah syarikat dibiayai dengan dana-dana pemilik ataupun dana-dana kreditor (peminjam). Semakin tinggi keumpilan…
-

Fahami Maksud Istilah Kontrak Hadapan (Futures Contract)
Kontrak hadapan atau istilah asalnya dalam bahasa Inggeris, “futures contract” merupakan sebuah perjanjian berkontrak yang pada umumnya dibuat pada ruang perdagangan di pasaran atau bursa “futures”, untuk membeli atau menjual komoditi tertentu atau instrumen kewangan pada harga yang telah ditetapkan di masa akan datang. Selain itu, kontrak hadapan memperincikan kualiti dan kuantiti aset asas yang mana aset-aset…
-

Ketahui 6 Buku Pengurusan Kewangan Peribadi Untuk Tingkatkan Kemahiran Wang
Sejak daripada dulu lagi, bidang kewangan telah mewujudkan atau menimbulkan pelbagai topik perbahasan ataupun perbincangan. Tidak dinafikan juga, bidang kewangan merupakan satu bidang yang memerlukan kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam memastikan tahap kewangan seseorang atau sesebuah organisasi sentiasa dalam keadaan terbaik. Namun demikian, tidak semua individu memiliki kemahiran atau pengetahuan yang cukup dalam bidang…
-

Ikuti Bagaimana Mark Cuban Membina Kekayaan Beliau.
Menurut Forbes, setakat Februari 2019, Mark Cuban, pemilik Dallas Mavericks, dianggarkan mempunyai nilai kekayaan sebanyak $4.1 bilion. Walaupun kebanyakan hasil kekayaan beliau pada hari ini boleh dikaitkan dengan dua urus niaga yang beliau lakukan semasa zaman dot-com, beliau sememangnya ditakdirkan untuk menjadi usahawan. Beliau telah melakukan pembelian, berdagang, menghasilkan keuntungan dan mencari jalan menuju kejayaan semenjak usia…
-

Baca Tentang Peter Thiel, Usahawan Teknologi Di Sini (PayPal/Facebook)
Peter Thiel merupakan seorang usahawan teknologi dan ahli kapitalis teroka yang satu ketika menjadi tajuk-tajuk berita kerana meninggalkan Silicon Valley untuk ke Los Angeles. Setakat Februari 2018, beliau mempunyai anggaran nilai bersih sebanyak $2.5 bilion. Kebanyakan hasil kekayaan beliau datang daripada 10% saham beliau dalam syarikat Palantir, dan urus niaga yang melibatkan PayPal Holdings dan Facebook. Jutawan usahawan Founders Fund…
-

Fahami Maksud Pasaran Hadapan (Futures) Dalam Saham
Hadapan atau istilah bahasa Inggerisnya, “futures” melibatkan sebuah kontrak kewangan yang memerlukan seorang pembeli untuk membeli sesebuah aset ataupun seorang penjual untuk menjual sesebuah aset, seperti satu komoditi fizikal ataupun satu instrumen kewangan, pada harga tertentu pada masa yang telah ditetapkan di masa akan datang. Kontrak hadapan (futures contract) memperincikan kualiti dan kuantiti aset asas. Aset-aset asas…
-

Ketahui Analisis Asas (Fundamental Analysis) Di Sini!
Analisis asas atau “fundamental analysis” merupakan satu kaedah penilaian yang mengukur nilai intrinsik sekuriti dengan faktor-faktor ekonomi, kewangan dan lain-lain faktor kualitatif dan kuantitatif yang berkaitan. Analisis asas mengkaji semua perkara yang mungkin boleh mempengaruhi nilai sekuriti, termasuklah faktor-faktor makroekonomi seperti keadaan keseluruhan ekonomi dan industri serta faktor-faktor tertentu seperti keadaan kewangan dan pengurusan syarikat. Tujuan…
-

Fahami Maksud Aliran Tunai Bebas (Free Cash Flow) Di Dalam Ekonomi
Aliran tunai bebas atau dalam bahasa Inggerisnya, “Free Cash Flow (FCF)” merupakan satu ukuran prestasi kewangan yang dikira dengan aliran tunai operasi tolak perbelanjaan modal. Aliran tunai bebas menunjukkan tunai yang boleh yang dijana atau dihasilkan oleh sesebuah syarikat setelah menggunakan wang yang diperlukan untuk mengekalkan atau mengembangkan aset asasnya. Selain itu, aliran tunai bebas adalah…
-

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Saham Biasa (Common Stock)?
Saham biasa yang diterjemahkan secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, “common stock”, adalah sebuah sekuriti yang mewakili pemilikan sesebuah syarikat. Pemegang-pemegang saham biasa memilih lembaga pengarah syarikat dan mengundi untuk dasar-dasar perniagaan syarikat. Pemilikan ekuiti ini biasanya menghasilkan kadar pulangan jangka panjang yang lebih tinggi, Namun demikian, sekiranya berlaku pembubaran syarikat, pemegang-pemegang saham biasa mempunyai hak…
-

Apa Itu Komoditi (Commodity)?
Komoditi yang diterjemahkan secara lansung daripada perkataan bahasa Inggeris, “commodity”, merupakan barangan asas yang digunakan dalam perdagangan atau perniagaan yang boleh ditukar ganti dengan komoditi-komoditi lain yang sama jenis. Komoditi-komoditi biasanya digunakan sebagai input di dalam pengeluaran barangan-barangan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Kualiti sesebuah komoditi mungkin berbeza sedikit, namun pada dasarnya ianya adalah sama kepada semua pengeluar.…
-

Ketahui Maksud Kertas Perdagangan (Commercial Paper)
Kertas perdagangan atau kertas komersial atau istilah bahasa Inggerisnya, “commercial paper”, merupakan satu instrumen hutang jangka pendek atau tidak selamat yang diterbitkan oleh perniagaan atau korporat. Kebiasaannya, kertas perniagaan diterbitkan untuk membiayai akaun-akaun penghutang, inventori-inventori dan liabiliti-liabiliti jangka pendek. Kematangan untuk kertas perdagangan kebiasaannya tidak melebihi 270 hari dan kertas perdagangan biasanya diterbitkan dengan diskaun untuk…
-

Kewajipan Gadai Janji Bercagar (Collateralized Mortgage Obligation / CMO)
Kewajipan gadai janji bercagar atau “Collateralized Mortgage Obligation (CMO)” merupakan satu jenis sekuriti yang disokong gadai janji yang menghasilkan kumpulan-kumpulan kadar serah-semua (pass-through rates) untuk pelbagai kelas pemegang bon dengan kematangan berbeza, yang dikenali sebagai bahagian. Pembayaran semula daripada kumpulan sekuriti serah-semua digunakan untuk menamatkan bon dengan susunan yang tepat yang ditetapkan oleh prospektus bon (bond’s prospectus). CMO berfungsi seperti…
-

Perkara Yang Anda Mungkin Tidak Tahu Tentang Dividen (Dividend)
Dividen merupakan pengagihan sebahagian daripada pendapatan atau perolehan syarikat yang dibayar kepada para pemegang saham. Dividen paling kerap disebut dalam bentuk amaun dolar untuk setiap saham yang diterima atau dividen setiap saham. Di samping itu, ia juga boleh disebutkan dalam bentuk peratusan harga semasa pasaran, yang juga disebut sebagai hasil dividen dan juga dividen setiap…