Sejak daripada dulu lagi, bidang kewangan telah mewujudkan atau menimbulkan pelbagai topik perbahasan ataupun perbincangan. Tidak dinafikan juga, bidang kewangan merupakan satu bidang yang memerlukan kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam memastikan tahap kewangan seseorang atau sesebuah organisasi sentiasa dalam keadaan terbaik.

Namun demikian, tidak semua individu memiliki kemahiran atau pengetahuan yang cukup dalam bidang yang mencabar ini. Justeru, artikel ini membawa anda semua untuk mengenali enam buah buku yang pernah diterbitkan yang mampu membantu anda untuk menjadi seorang individu yang cekap dalam bidang kewangan. Bak kata pepatah melayu, “banyak berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan”.

Jom ketahui senarai buku pengurusan kewangan peribadi yang menarik untuk dibaca.

1. Unique Process Advisors

Menurut Dan Sullivan, terdapat dua perubahan penting dalam perniagaan penasihat kewangan untuk sepanjang 20 tahun yang lalu. Salah satu daripada perubahan tersebut adalah kebanyakan penasihat telah kehilangan kebanyakan kebebasan keusahawanan mereka disebabkan oleh kekangan birokrasi dan undang-undang.

Menurut beliau lagi, pada yang sama sebahagian penasihat telah berubah menjadi lebih bebas, kreatif dan bernilai di pasaran. Dalam buku “Unique Process Advisors”, penulis itu telah mendekati beberapa orang penasihat kewangan untuk mempelajari tentang pendekatan unik mereka dalam menangani pelanggan mereka dan mengembangkan perniagaan mereka.

2. Thinking Fast and Slow

Dalam buku beliau, Daniel Kahneman membawa para pembaca beliau ke dalam penerokaan minda, mengkaji dua jenis pemikiran yang memacu cara manusia berfikir. Jenis pertama adalah pemikiran yang pantas, intuitif dan emosi.

Manakala jenis yang kedua adalah pemikiran yang lebih perlahan, lebih berhati-hati dan lebih logik. Buku “Thinking Fast and Slow” bertujuan untuk menilai kesan terlebih yakin (overconfidence) kepada strategi-strategi korporat dan melihat kepada kesukaran untuk meramalkan apa yang membuatkan manusia gembira pada masa kini dan masa akan datang.

Beliau juga meneroka kesan kecenderungan kognitif ke atas tingkah laku yang berbeza-beza kerana para pelabur menggerakkan pasaran saham kepada perancangan keluarga tentang percutian tahunan mereka. Kahneman juga menunjukkan bagaimana pemikiran manusia dapat difahami dengan lebih baik dengan mengetahui bagaimana kedua-dua sistem pemikiran tersebut mempengaruhi pemikiran dan keputusan manusia.

3. Investment Leadership

Di dalam buku ini, Jim Ware, Beth Michaels dan Dale Primer menyediakan kepada para pembaca dengan panduan kepada amalan terbaik dalam industri pelaburan. Buku ini menawarkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan oleh para pengurus untuk menjadi ketua yang lebih baik dan cara bagaimana mereka dapat menyumbang kepada pertumbuhan yang mampan untuk syarikat mereka.

Buku ini juga menawarkan cara untuk mengkaji budaya sesebuah syarikat dan mendedahkan cara untuk meniru amalan terbaik yang digunakan oleh syarikat-syarikat terkemuka.

Selain itu, buku ini juga menawarkan nasihat-nasihat praktikal daripada pemimpin-pemimpin industri, kajian kes dan kaedah untuk menjelaskan mengapa status quo tidak lagi berfungsi di dalam industri dan cara-cara penasihat kewangan dapat mencapai kejayaan jangka panjang dalam industri pelaburan.

4. Probable Outcomes

Di dalam buku beliau, Ed Easterling menggunakan penyelidikan daripada syarikat beliau, Crestmont Research, untuk menyediakan carta dan graf yang akan membantu para penasihat kewangan dan para pelabur dalam membentuk pengambilan rasional dalam pasaran saham dengan mengenal pasti tingkah laku tidak rasional.

Penulis ini menggunakan sains pelabura dan seni pelaburan untuk melihat pasaran saham daripada pelbagai sudut dan mengemukakan perspektif pelaburan daripada pelbagai pelabur. Analisis beliau ini dapat membantu para pelabur dan penasihat kewangan untuk datang dengan jangkaan yang munasabah dan idea-idea pelaburan yang baru kerana buku ini meneroka dasar-dasar asas yang memacu pasaran saham.

5. Traction

“Traction” bermula dengan andaian bahawa semua usahawan dan individu perniagaan menghadapi masalah yang sama, seperti pertumbuhan yang perlahan, kebimbangan keuntungan dan konflik kakitangan. Masalah-masalah ini boleh menyebabkan sesuatu keputusan yang ingin dibuat ditunda ataupun gagal dilaksanakan dengan baik.

Dalam buku beliau, Gino Wickman mencadangkan terdapat jalan penyelesaian untuk masalah-masalah ini. Justeru, di dalam buku beliau ini, beliau membawa para pembaca kepada cadangan dan jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh setiap perniagaan atau keusahawanan.

6. Manias, Panics and Crashes

Bekas profesor ekonomi di MIT, Charles Kindleberger, meneroka sifat krisis kewangan di dalam buku tahun 1978 beliau ini. Edisi terbaru pada tahun 2011 yang disemak oleh Robert Aliber, selepas Kindleberger meninggal dunia pada tahun 2003, mengkaji tentang penyebab krisis kewangan 2007-2008 yang menyebabkan kemerosotan ekonomi global.

Kesimpulan

Tidak semua orang dilahirkan dengan pengetahuan atau kepakaran kewangan yang tinggi, Namun begitu, ianya bukanlah merupakan satu alasan untuk anda tidak mencuba untuk meningkatkan kemahiran dan juga pengetahuan anda dalam bidang kewangan, bidang yang ternyata terbukti menjadi salah satu bidang penting di dalam dunia. Justeru, melalui pembacaan buku-buku yang tepat mampu membantu anda untuk menjadi profesional kewangan yang hebat.

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.