Peter Thiel merupakan seorang usahawan teknologi dan ahli kapitalis teroka yang satu ketika menjadi tajuk-tajuk berita kerana meninggalkan Silicon Valley untuk ke Los Angeles. Setakat Februari 2018, beliau mempunyai anggaran nilai bersih sebanyak $2.5 bilion.

Kebanyakan hasil kekayaan beliau datang daripada 10% saham beliau dalam syarikat Palantir, dan urus niaga yang melibatkan PayPal Holdings dan Facebook. Jutawan usahawan Founders Fund baru-baru ini juga membuat pertaruhan besar ke atas Bitcoin. Artikel ini akan menceritakan kepada anda bagaimana Peter Thiel mengumpulkan kekayaan beliau.

Tahun 1990-an

Thiel telah menamatkan ijazah sarjana muda dalam bidang falsafah di Universiti Stanford sebelum tahun 1990. Pada tahun 1992 pula, beliau menamatkan ijazah undang-undang, juga di Universiti Stanford. Selepas menamatkan pengajian, beliau menjadi kerani di mahkamah rayuan persekutuan selama lebih kurang satu tahun sebelum beliau dijemput untuk menghadiri satu temuduga untuk jawatan setiausaha untuk Hakim-Hakim Mahkamah Agung, Anthony Kennedy dan Antonin Scalia. Walaupun Thiel menyatakan temuduga itu berjalan dengan lancar, namun beliau tidak diterima untuk jawatan tersebut.

Justeru, beliau memutuskan untuk tidak terus mengejar kerjaya dalam bidang undang-undang lagi. Beliau kembali semula ke California dan banyak meluangkan masa bersama-sama dengan para pedagang derivatif. Pada tahun 1996, beliau memulakan dana pelaburan beliau sendiri, Thiel Capital Management. Pada bulan Disember 1998, beliau memulakan PayPal bersama-sama dengan Elon Musk dan Max Levchin, di mana beliau menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat.

Tahun 2000-an

Thiel membantu dalam mengembangkan PayPal selama beberapa tahun, membawa kepada tawaran awan awal (Initial Public Offering / IPO) syarikat tersebut pada 15 Februari 2012. Selepas itu pada tahun yang sama, syarikat tersebut di jual kepada eBay Inc., pada harga $1.5 bilion. Pada ketika itu, Thiel memegang sebanyak 3.7% saham dalam PayPal, memberikan hasil kasar kepada beliau melalui penjualan tersebut sebanyak $55.5 juta. Selepas penjualan itu selesai, beliau membuka sebuah syarikat dana lindung nilai makro global, Clarium Capital Management.

Selain itu, boleh dikatakan keputusan terbaik yang pernah dibuat oleh Thiel datang pada bulan Ogos 2004. Ianya apabila pengasas bersama LinkedIn Corporation, Reid Hoffman memperkenalkan beliau kepada Mark Zuckerberg. Selepas itu, Thiel menawarkan pelaburan permulaan (angel investment) sebanyak $500,000 kepada Facebook, menjadikan beliau pelabur luar pertama di dalam Facebook.

Pada tahun 2004 juga, Thiel mengasaskan bersama Palantir Technologies, sebuah syarikat perisian (software) swasta yang pakar dalam menganalisis data. Thiel memegang sebahagian besar saham dalam syarikat tersebut, yang dianggarkan bernilai lebih kurang $20 bilion.

Pada bulan Septmber 2004, Thiel menerbitkan sebuah buku perniagaan, “Zero to One: Notes on Startups, or How to Build the Future”, yang menjadi buku paling laris dijual di New York Times. Thiel juga merupakan salah seorang daripada anggota Silicon Valley yang terkenal dalam menyokong presiden Donald Trump dan ditawarkan untuk menjadi ketua lembaga penasihat perisikan Trump namun beliau menolak tawaran tersebut.

Tahun 2010 – an

Semakin menghampiri tahun 2010, Facebook semakin berkembang dengan bantuan bimbingan daripada Thiel. Pada bulan Mei 2012, Facebook memperoleh IPO, yang memberikan Facebook permodalan pasaran sekitar $100 bilion. Pada masa itu, Thiel menjual hampir 17 juta saham beliau yang bernilai hampir $638 juta. Pada tahun tersebut juga, selepas tempoh halangan untuk pelabur awal berakhir, Thiel menjual kebanyakan baki saham beliau, menjadikan hasil keseluruhan daripada saham Facebook beliau lebih daripada $1 bilion.

Walaupun selepas menjual saham-saham tersebut, Thiel masih kekal sebagai lembaga syarikat tersebut dan berterusan menerima 5 juta saham. Pada bulan Mei 2016, beliau menjual lebih kurang 860,000 lagi saham beliau, memberikan beliau sebanyak $101 juta. Pada November 2017, beliau memiliki kira-kira 60,000 saham Kelas A Facebook.

Kebelakangan ini, Thiel telah melabur ke dalam syarikat swasta, Airbnb dan StripeAirbnb merupakan pasaran dalam talian di mana orang ramai boleh menyenaraikan, mencari dan menyewa pangsapuri dan rumah percutian untuk tempoh masa yang pendek, seperti untuk beberapa hari hingga beberapa minggu. Syarikat itu kini bernilai sekitar $31 bilion. Stripe pula merupakan sebuah syarikat teknologi yang membolehkan perniagaan dan individu menerima pembayaran melalui internet. Setakat pusingan pembiayaan terakhir syarikat tersebut pada November 2016, Stripe bernilai lebih kurang $9.2 bilion. Selain itu, Thiel juga mengetuai bersama pelaburan sebanyak $100 juta ke dalam Vivint, sebuah syarikat yang berpusat di Utah yang menjual sistem rumah pintar dengan model langganan bulanan.

Kesimpulannya, Thiel telah membangunkan, melabur dan menasihatkan beberapa buah syarikat teknologi paling penting dalam tempoh 20 tahun yang lalu, yang memberikan banyak keuntungan sepanjang proses tersebut.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.