Komoditi yang diterjemahkan secara lansung daripada perkataan bahasa Inggeris, “commodity”, merupakan barangan asas yang digunakan dalam perdagangan atau perniagaan yang boleh ditukar ganti dengan komoditi-komoditi lain yang sama jenis. Komoditi-komoditi biasanya digunakan sebagai input di dalam pengeluaran barangan-barangan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Kualiti sesebuah komoditi mungkin berbeza sedikit, namun pada dasarnya ianya adalah sama kepada semua pengeluar. Komoditi-komoditi yang diniagakan semasa pertukaran mesti menepati standard-standard minimum yang ditetapkan, yang juga dikenali sebagai gred atau penilaian asas (basis grade).

Selain itu, komoditi juga merujuk kepada sebarang barangan yang ditukar semasa berdagang, termasuklah barangan-barangan yang diniagakan di dalam pertukaran komoditi.

Pada asasnya, terdapat sedikit perbezaan di dalam satu komoditi daripada satu pengeluar kepada pengeluar yang lain. Sebagai contoh, satu tong minyak adalah satu tong minyak, tidak kira siapa pengeluarnya. Sebaliknya, kelengkapan elektronik bukan satu komoditi, dan kualitinya mungkin boleh menjadi sangat berbeza, bergantung kepada pengeluarnya. Komoditi-komoditi yang terkenal adalah bijirin, emas, daging, minyak dan gas asli.

Baru-baru ini, produk-produk kewangan seperti mata wang asing dan indeks telah dipanggil atau menjadi komoditi. Selain itu juga, yang lebih hampir kepada anda seperti talian telefon bimbit dan jalur lebar juga telah menjadi komoditi.

Di samping itu, penjualan dan pembelian komoditi biasanya dilakukan dengan kontrak hadapan pada pertukaran-pertukaran yang telah menyeragamkan kuantiti dan kualiti minimum untuk komoditi-komoditi yang diniagakan. Sebagai contoh, Lembaga Perdagangan Chicago menetapkan bahawa satu kontrak gandum mestilah untuk 5,000 gantang dan satu gred yang dinyatakan (e.g., No. 2 Northern Spring).

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.