Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sering dilihat tidak boleh menguruskan diri sendiri dan sentiasa memerlukan bimbingan orang lain dalam kehidupan seharian. Ini sesungguhnya satu tanggapan yang salah!Ketahui peluang kerja OKU.
Mereka boleh menjalani hidup macam kita yang normal, bezanya mereka mungkin kekurangan dari segi fizikal yang tertentu. Jadi, mereka sentiasa mempunyai hak untuk mendapat hak layanan sama rata oleh semua pihak. Hal ini termasuklah dalam soal pekerjaan.
OKU yang bekerja dapat membantu mereka berkembang sebagai salah satu komponen dalam komuniti yang turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Apa salahnya?
Dengan cara ini juga, mereka boleh memperolehi pendapatan untuk menampung perbelanjaan mereka. Maka, artikel ini akan menerangkan mengenai hak golongan OKU untuk turut bekerja dari segi peluang kerjaya dan hak undang-undang mereka dalam soal ini.
OKU ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual dan deria. Namun, mereka sebenarnya mempunyai hak yang sama seperti orang lain, terutama dari segi kebajikan, perlindungan dan undang-undang.
Kekurangan fizikal OKU itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk menidakkan hak mereka kerana golongan OKU juga adalah sebahagian daripada masyarakat.
Semua agensi kerajaan, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mematuhi dasar pengambilan sekurang-kurangnya 1% pekerja dari kalangan orang kurang upaya (OKU) dalam usaha membantu golongan itu mudah mendapatkan pekerjaan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri, Nicole Tan Lee Koon, berkata pengambilan pekerja OKU di sektor awam di Malaysia masih rendah iaitu sekitar 0.31%. Sedaihnya peluang kerja OKU sangat rendah.
Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya yang dinyatakan di bawah Seksyen 3(1), Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada bulan Ogos 2008. Ini merupakan satu lagi milestone untuk membincangkan isu-isu OKU di peringkat atasan kerana Majlis ini dipengerusikan oleh portfolio Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Matlamat penubuhan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya adalah selaras dengan Dasar Orang Kurang Upaya dan Pelan Tindakan Nasional Orang Kurang Upaya dalam masyarakat.
Untuk mencapai matlamat ini, satu usaha menyeluruh telah dibuat oleh Majlis dengan menggunakan pendekatan multi-sectoral dan multi-collaboration dengan agensi-agensi berkaitan yang lain.
Antara fungsi dan peranan Majlis adalah untuk:
Majlis yang mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun ini akan membincangkan pelbagai isu atau hal yang memerlukan keputusan dan pandangan wakil agensi dan wakil OKU.
Keanggotaannya adalah terdiri daripada 10 orang wakil dari agensi kerajaan dan 10 orang individu yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran mengenai isu dan pemasalahan OKU.
Jawatankuasa Pekerjaan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.
Jawatankuasa ini memberi tumpuan khusus kepada isu yang berkaitan pekerjaan kepada OKU.
Di samping itu, Jawatankuasa ini menjalankan program-program seperti
Hasilnya, ramai OKU telah mendapat bantuan kewangan untuk memperkembang perniagaan mereka di samping mampu pula menggaji OKU yang lain.
Ini merupakan satu lagi kejayaan yang telah dikecapi oleh Majlis Kebangsaan Bagi OKU dengan bantuan dan sokongan Kementerian dan agensi kerajaan yang lain. Umpama kata di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan, setiap OKU yang sanggup berusaha dengan bersungguh-sungguh dan komited terhadap pekerjaan atau perniagaan yang diceburi pasti akan mendapat perhatian.
Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Maklumat lanjut, boleh layari portal JKM
Tujuan bantuan adalah untuk pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga, dengan kadar one-off RM2700.
Untuk maklumat lanjut layari Portal JKM – Geran Pelancaran
Kriteria Kelayakan
Pencapaian dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada orang kurang upaya disasarkan dengan beberapa strategi pelaksanaan seperti berikut:
Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) adalah satu strategi kerajaan untuk membantu OKU membantu mereka mendapatkan pekerjaan melalui pengembangan perniagaan mereka. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah memperuntukkan sebanyak RM22 juta sebagai modal bantuan kepada OKU bagi merealisasikan hasrat ini.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah:
Sebagai panduan kepada golongan OKU, anda boleh menghantar resume ke pautan khas carian pekerjaan untuk golongan OKU specialjobs.com.my untuk memohon peluang pekerjaan.
Semoga anda menyukai artikel peluang kerja OKU ini. Jemput juga baca artikel tentang kerjaya pensyarah dan kerjaya bidang komputer