Nak tahu cara beli tiket bas online?
Pengangkutan awam seperti bas masih menjadi pilihan utama warga kota untuk pulang ke kampung, terutamanya bagi mereka yang bergelar pelajar atau mereka yang masih bujang dan tidak berkeluarga.
Malah ada keluarga yang memilih untuk pulang ke kampung dengan menaiki bas terutamanya waktu musim perayaan agar tidak perlu kepenatan menempuh kesesakan di sepanjang lebuh raya. Jom lihat akan cara beli tiket bas online sebagai panduan buat anda.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah kenal pasti laluan untuk tiket yang anda perlukan. Sebagai contoh, jika anda dari Kuala Lumpur mahu pulang ke Raub, Pahang. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengisi tempat bertolak iaitu Kuala Lumpur dan tempat ketibaan iaitu Raub. Selain itu anda juga perlu mengisi info berikut:
Kemudian anda klik carian. Skrin akan memaparkan pilihan bas yang ada untuk laluan, tarikh dan masa yang anda masukkan. Pilih bas yang anda inginkan kemudian pergi ke langkah kedua.
Dah pilih bas, kini sampai masa untuk anda pilih tempat duduk. Pilih saja mana-mana tempat duduk yang anda berkenan dan klik pada nombor tempat duduk pilihan anda. Kemudian tekan teruskan.
Tiba masa untuk anda masukkan butiran penumpang yang akan menaiki bas tersebut. Pastikan anda mengisi butiran dengan tepat. Sekali lagi periksa semula tarikh dan masa bas bagi memastikan anda tidak tersilap membeli tiket. Periksa juga tempat duduk yang dipilih. Kemudian anda boleh pergi kepada cara bayaran.
Anda boleh pilih sama ada ingin membayar dengan menggunakan:
Setelah memilih cara bayaran, anda perlu klik setuju pada polisi website berkenaan dan seterusnya klik “Bayar Sekarang atau Proceed to Payment”
Sekarang anda sampai ke langkah untuk membuat bayaran. Masukkan maklumat yang dipinta kemudian akan muncul laman pengesahan dari pihak Bank. Masukkan maklumat seperti yang diminta. Apabila bayaran anda diterima dan berjaya, satu email “Order Summary” akan dihantar ke alamat email anda. Pastikan and abaca email tersebut dan pastikan semua maklumat adalah betul. Email tersebut juga akan memberitahu anda langkah seterusnya semasa anda ingin menaiki bas.
Jika anda selalu membeli tiket bas secara online, kami cadangkan anda untuk mendaftar sebagai pengguna. Jika anda membeli secara sekali-sekala, anda tidak perlu mendaftar.
Jawapannya ialah ya. Anda perlu mencetak tiket yang anda beli secara online namun bergantung kepada syarikat bas yang anda pilih. Sesetengah syarikat bas tidak memerlukan tiket yang dicetak, cukup anda tunjukkan booking reference number (BOT No.). Ianya ada dinyatakan dalam email yang anda dapat selepas membeli tiket secara online.
Kebanyakan syarikat bas membuka tiket bas seawal 30 hari dari tarikh perjalanan.
Ianya bergantung kepada syarikat bas. Ada yang sama dan ada yang berbeza.
Berikut adalah senarai penuh syarikat bas express yang boleh dibeli secara online:
Itulah dia info tentang cara beli tiket bas online yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara semak senarai hitam bank dan cara memulakan perniagaan makanan.